Text Size
A+ A A-
Color Chooser
 default green blue contrast font_default red blue Language Other Language
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA PETUGAS KESIHATAN HOSPITAL SELAYANG

Kepada semua petugas kesihatan Hospital Selayang, pihak Leo Club of Assunta Secondary School, Petaling Jaya ingin menzahirkan ucapan penghargaan terima kasih atas titik peluh dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam menangani wabak Covid-19 kepada masyarakat.

"Any difficulties and struggles faced will always be put to rest by constant striving and a positive mind!!"

Thank you for facing this pandemic by risking the safety of yourselves to tend to those who are in need of care during this ill-fated times. You are our hero! Thank you very much.

Klik Penghargaan Kepada Petugas Kesihatan Hospital Selayang

Terima Kasih Kepada Lembaga Zakat Selangor

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor atas sumbangan dana sebanyak RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Cawangan Hospital Selayang bagi membantu pesakit kurang berkemampuan membiayai kos rawatan, alatan dan ubatan yang tidak ditanggung kerajaan di Hospital Selayang.

Sumbangan telah diterima oleh YBrs. Dr. Sakinah binti Alwi, Pengarah Hospital Selayang bagi pihak TKPM daripada YBhg. Dato' Dr. Aziuddin bin Ahmad, Timbalan Pengerusi LZS dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Dr. Hj. Rohaizat bin Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia

zakat sel 2020

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato' Dr Hj Noor Azmi Ghazali ke Hospital Selayang

12 Mei 2020 - Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali telah menyantuni para petugas perubatan dan kesihatan di Hospital Selayang di sini hari ini.

Ketibaan YB Dato' Dr Noor Azmi Ghazali telah disambut oleh Pengarahnya, Dr. Sakinah Alwi.

YB Dato' Dr Noor Azmi seterusnya menyampaikan taklimat ringkas serta mengucapkan Selamat Hari Jururawat 2020 kepada para petugas barisan hadapan di hospital berkenaan.

YB Dato' Dr Noor Azmi kemudiannya menyampaikan sumbangan sebanyak 300 pack food, PPE Suits, PPE Covers dan topeng muka untuk petugas barisan hadapan di Hospital Selayang.

Turut hadir sama, YBrs Dr Tengku Norleen Tengku Sharif, Timbalan Pengarah (Perubatan) I, YBrs Dr Sivakumaran a/l P Jayaraman, Timbalan Pengarah (Perubatan) III dan YBrs Encik Subramaniam a/l Sandracasen, Timbalan Pengarah (Pengurusan) di Hospital Selayang.

MK

sumbangan daripada Sahabat Quran Malaysia kepada Hospital Selayang

Alhamdulillah syukur atas nikmat & sumbangan air minuman isotonik daripada Sahabat Quran Malaysia kepada Hospital Selayang.

Semoga pemberian sumbangan ini dapat meningkatkan semangat para petugas dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang amat mencabar ini...Terima Kasih

sahabat quran

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013