Text Size
A+ A A-
Color Chooser
  default green blue contrast font_default red blue Language Other Language

header-mobile

  • Utama

Latar Belakang old

SELAMAT DATANG

home-slyg2

Hospital Selayang terletak di Selayang, daerah Gombak, Kuala Lumpur. Hospital ini mempunyai 960 buah katil, 20 disiplin klinikal ,dan menyediakan khidmat rawatan menengah dan rawatan lanjutan kebangsaan yang terpilih.

Dalam pelaksanaan dan pembentukan Hospital Selayang, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur langkah oleh objektif Wawasan 2020 di mana Malaysia harus mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan menyempurnakan visi Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu Hospital Selayang adalah direkabentuk dan dilengkapi dengan peralatan canggih sesuai dengan piawaian antarabangsa.

Hospital Selayang telah direkabentuk,dibina dan dilengkapi dengan persekitaran Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh dengan satu matlamat operasi unggul. Merupakan hospital yang pertama di Malaysia dan di dunia yang beroperasi dengan sistem ini meliputi seluruh aspek operasinya. Untuk mencapai objektif keadaan fasiliti terbaik, organisasi berkesan dan berkemahiran tinggi, operasi dan pentadbiran dijamin untuk kejayaan hospital ini.

Hospital Selayang adalah pusat Gastroenterologyi, Rheumatologi, Hepatologi, Hepatobiliari Surgeri, Vitreoretinal Surgeri, Kolorektal Surgeri, Mikrosurgeri, dan Khidmat Renal. Menjadi hospital rujukan ia menyediakan khidmat pakar pesakit luar bagi kes-kes yang dirujuk sahaja. Di sini tiada menerima rawatan pesakit luar yang masuk begitu sahaja kecuali jika kes kecemasan dikendali dalam Jabatan Kecemasan. Hospital ini juga memfokuskan pada Khidmat Rawatan Ambulatori. Oleh itu Hospital Selayang telah mendedikasikan disiplin-pelbagai Pusat Rawatan Ambulatori yang mencakupi pembedahan rawatan harian,rawatan perubatan harian,perkhidmatan endoskopi dan lithotripter.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013
MENU