Text Size
A+ A A-
Color Chooser
  default green blue contrast font_default red blue Language Other Language

header-mobile

  • Utama

Perkhidmatan Sajian

Perkhidmatan Sajian Makanan Hospital Selayang telah di’outsourced’ kepada syarikat luar melalui tender sajian makanan yang dikendalikan oleh Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia setiap 3 tahun.

 Panduan Perkhidmatan Sajian:

  1. Manual Diet Hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia 2006.

  2. Guidelines for Hospital Catering, Kementerian Kesihatan Malaysia 2010.

  3. Guidelines Mass Catering, Kementerian Kesihatan Malaysia 1996.

  4. Garispanduan Spesifikasi Bekalan Makanan Mentah Basah dan Mentah Kering,

  5. Perkhidmatan Dietetik dan Sajian, Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.

  6. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

  7. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

  8. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan).

  9. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 (Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan).

  10. Akta, garispanduan atau pekeliling yang berkaitan dan berkuatkuasa.

 Perkhidmatan Sajian Hospital Selayang:

  1. Terdiri daripada 2 Pegawai Katering (C27), 2 Penolong Pegawai Tadbir (N17) dan 4 Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (N17).

  2. Pemantauan Perkhidmatan Sajian 'Outsource' dalam mematuhi keperluan nutrien, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.

  3. Melaksanakan sistem pengurusan berdasarkan polisi-polisi, pekeliling - pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

  4. Pemberian kupon makanan kepada Pegawai Perubatan bertugas-atas-panggilan mengikut kelayakan ditetapkan oleh Pengarah Hospital berdasarkan pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia.

  5. Pengendalian dan penyimpanan produk formula enteral.

  6. Bekerjasama dengan beberapa jabatan/unit lain dalam menyelaras kafeteria di Hospital Selayang:-

    • Kafeteria Staf

    • Kafeteria Awam

  7. Memastikan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan makanan yang dijalankan oleh setiap kafeteria mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan.
  8. Melatih dan membimbing pelajar IPTA untuk kursus perkhidmatan makanan dan sistem katering hospital.

 Perkhidmatan Sajian Makanan Secara 'Outsource':

  1. Perkhidmatan sajian makanan Hospital Selayang akan dibuka tender setiap 3 tahun.

  2. Perkhidmatan sajian makanan secara outsource melibatkan perkara-perkara seperti berikut:

  • Pesanan Diet Dari Wad

  • Pesanan, Pembelian Dan Penerimaan

  • Penyimpanan Dan Pengurusan Stor

  • Penyediaan, Memasak Dan Penghidangan Makanan

  • Pengagihan Makanan di Trayline

  • Penghidangan Makanan di wad

  • Survei Tahap Kepuasan Pelanggan

Hidangan Waktu Hidangan di Wad
Sarapan 7.00 pagi
Minum Pagi* 10.00 pagi
Makan Tengahari 12.00 tengahari
Minum Petang 3.00 petang
Makan Malam 6.30 petang
Minum Malam* 9.00 malam

 * Hanya untuk hidangan ringan Diet Diabetik sahaja

Waktu hidangan di wad adalah waktu troli makanan sampai di wad

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013
MENU