Program Sumbangan Hamper Kepada Pesakit Sempena Sambutan Tahun Baru Cina
12 Februari 2019
Sukarelawan Hospital Selayang dengan kerjasama Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Selayang telah mengadakan Program Sumbangan Hamper Kepada Pesakit Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2019 di Wad 10C dan 10D pada jam 2.30 petang.
Program ini adalah program tahunan oleh Sukarelawan Hospital Selayang bagi memberi sokongan emosi kepada pesakit terutama berbangsa Cina yang tidak dapat meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga di rumah disebabkan sedang menerima rawatan di hospital.
Terima kasih kepada Sukarelawan Hospital Selayang dan juga Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Selayang.