Terima Kasih Kepada Lembaga Zakat Selangor
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor atas sumbangan dana sebanyak RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Cawangan Hospital Selayang bagi membantu pesakit kurang berkemampuan membiayai kos rawatan, alatan dan ubatan yang tidak ditanggung kerajaan di Hospital Selayang.
Sumbangan telah diterima oleh YBrs. Dr. Sakinah binti Alwi, Pengarah Hospital Selayang bagi pihak TKPM daripada YBhg. Dato' Dr. Aziuddin bin Ahmad, Timbalan Pengerusi LZS dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Dr. Hj. Rohaizat bin Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia