Text Size
A+ A A-
Color Chooser
 default green blue contrast font_default red blue Language Other Language
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Pemulihan Anggota / Fisioterapi

Pemulihan Anggota / Fisioterapi

PENDAHULUAN

Jabatan Fisioterapi yang dianggotai oleh 27 anggota ,mempunyai peranan yang besar dalam perkhidmatan perawatan rehabilitasi di Hospital Selayang.

Intervensi Fisioterapi meliputi rawatan dari awal kemasukan pesakit bagi memastikan pesakit mencapai pemulihan fizikal yang maksima , tahap berdikari yang optima serta menjalani kehidupan yang sejahtera dan berkualiti selaras dengan ketidakupayaan yang dialami.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan Fisioterapi merangkumi semua disiplin Perubatan,Kesihatan dan Pergigian bagi pesakit didalam Wad dan juga Pesakit Luar. Penerimaan pesakit adalah melalui rujukan dari Pakar atau Pegawai Perubatan samada dari Wad, Klinik-Klinik Pakar, Klinik Kesihatan dan juga swasta.

Pengurusan perkhidmatan Fisioterapi bermula dari :

          i.             Menerima rujukan fisioterapi dari Pakar, Pegawai Perubatan

        ii.             Penilaian awal kefungsian fizikal

      iii.             Kenalpasti tahap kefungsian dan potensi kearah pemulihan

       iv.             Merancang program rawatan

         v.             Intervensi rawatan pemulihan dengan penggunaan kaedah rawatan yang bersesuaian, tepat dan berkesan


1.0      PENCAPAIAN AKTIVITI JABATAN 2012

2.1          Statistik

Pengumpulan Data ini mengikut Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan KKM PER-SS 203(Pin.1/2003)

1.1          Program Wellness and Fitness 2012

1.1.1        Program Trim & Fit and untuk anggota Hospital Selayang berkolaborasi dengan Jabatan Pendidikan Kesihatan Hospital Selayang. Penyertaan 48 peserta.

1.1.2        Program Penurunan Berat Badan berkolaborasi dengan Jabatan Sajian.

1.1.3        Program Weight Management dibuat setiap minggu pada hari Jumaat. Setiap sessi maksima 12 peserta yang obese termasuk kanak-kanak.

1.2          Aktiviti Klinikal

2.2.1     Kelas Ante-Natal bagi ibu-ibu yang mengandung.diadakan setiap bulan ( 2012 : 13 sessi dengan 41 pasangan), berkolaborasi dengan Klinik O& G

                       2.2.2     Program MENANG ( Menangani Kesakitan Kronik ) diadakan 2 kali setahun, berkolaborasi dengan Chronic Pain Team. Seramai 6 Ahli Fisioterapi terlibat dalam aktiviti ini.

2.2.3     Arthritis Kelas diadakan setiap minggu dengan 22 pesakit setiap sessi. Kekerapan sessi setiap pesakit adalah 2 kali sebulan.

2.2.4    Program Sports Injury setiap minggu terutama kes-kes yang memerlukan intervensi pembedahan ataupun konservatif.

2.3       Program Pendidikan Berterusan

1.2.1      CME jabatan sekali setiap minggu (2011 :27 sessi , 2012 : 28 sessi). Setiap anggota yang telah menghadiri kursus/seminar perlu mengadakan Eco-training.

1.2.2      Kes presentation dari setiap Pelatih yang membuat latihan penempatan sepanjang tahun.         ( 2011 : 24 sessi, 2012 : 27 sessi )

1.2.3      Product Training bagi peralatan-peralatan sukan dan fitness oleh Jump For Heart Health Services.

1.2.4      2 anggota telah berjaya menamatkan program Top-up Degree dengan Teeside University, UK. Manakala dua lagi telah memulakan pengajian nya pada tahun 2012.

            2.5       Aktiviti Peningkatan Kualiti ( QIA )

             2.5.1    2 NIA dijalankan setiap bulan .

2.5.1.1             Indikator 1; Burns Sustained During Delivery of Electrotherapeutic Modalities & Thermal Agents. Sentinel Event. Tiada shortfall

             2.5.1.2             Indikator 2 : Patients with Backache Achieving Highest Level of Function Within 24 visits (or 6 months period) in a Single Continuous Episode of Care. Tiada shortfall.

2.5.2     Bermula dari May 2012 , 3 KPI dan 1 PI telah ditambah :

2.5.2.1             KPI 1 : Patient must be seen by physiotherapist at the given appointment within 10 days 80% ) Shortfall pada May & Jun. Bulan Julai hingga Disember tercapai.

2.5.2.2             KPI 2 : All in-patints must be seen by physiotherapist within 24 hrs from the time of referral (100%) Shortfall pada May & Jun.Tercapai pada bulan Julai hingga Disember.

2.5.2.3             KPI 3 : All new case receiving electrotherapeutic modalities with thermal effects and thermals agents will undergo thermal sensation test ( 100% - tercapai)

2.5.2.4             PI 4   : Patient must be seen by physiotherapist within 30 minutes upon registration             (80%-tercapai.)

2.5.3     Kajian Kepuasan Pelanggan

Dibuat sebanyak 2 kali pada awal dan akhir tahun. Pencapaian amat membanggakan.

            2.6       Aktiviti Kreativiti dan Innovasi ( KIK )

Kumpulan Idealist yang dianggotai oleh 8 ahli telah mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dalam Anugerah Innovasi Peringkat Kebangsaan 2012 KKM dalam kategori produk. Penyertaan ini adalah hasil dari kemenangan tempat ke 2 Pertandingan KIK peringkat Negeri Selangor 2011 dengan projek “ Strokee Ankle’ . Walaupun tidak menang, pendedahan dan pengalaman menyertai pertandingan peringkat Kebangsaan amatlah memberi manafaat dalam meningkatkan lagi kefahaman dalam menginnovasikan sesuatu produk. Jumlah produk innovasi yang telah dipertandingkan adalah sebanyak 48 produk.

2.7       Penempatan Pelatih Fisioterapi.

Penempatan pelatih Fisioterapi dari KSKB, UiTM dan juga UKM peringkat diploma dan ijazah. Pada tahun 2012 seramai   70 ( 52 UiTM + 18 KSKB)   pelatih telah membuat latihan penempatan. Peperiksaan amali juga diadakan sebanyak 2 kali setahun.

      2.8       Sukan & Rekreasi.

             2.8.1    Tempat ke 3 Pertandingan Bowling antara Jabatan, Hospital Selayang.

             2.8.2    Seramai 3 orang anggota jabatan telah mewakili Majlis Sukan JKNS ke Sukan KKM ke 27 di Sabah.

             2.8.3    Menang tempat ke 2, Pertandingan Keceriaan Jabatan sempena Bulan Kemerdekaan 2012.

             2.8.4    Mencapai kedudukan 3 tertinggi jabatan paling ramai penyertaan Program 10.000 Langkah Merdeka sempena Bulan Kemerdekaan 2012.

             2.8.5    Tempat ke 4 Pertandingan Menu Sihat Hospital Selayang.

             2.8.6    Johan Pertandingan Bakat Konferens Fisioterapi Negeri Selangor

             2.8.7    Johan Pertandingan Suara emas Konferens Fisioterapi Negeri Selangor

      2.9       Anugerah Khidmat Cemerlang 2012.

Seorang pegawai telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang bagi tahun penilaian 2011.

RUMUSAN

Dengan kesungguhan semua anggota Jabatan Fisioterapi, perkhidmatan Fisioterapi akan memastikan perkhidmatan yang disedia dan diberikan mencapai kepuasan pelanggan. Segala kekurangan dan kelemahan yang telah dikenalpasti akan diambil tindakan penambahbaikan bagi memastikan perkhidmatan sentiasa berada ditahap optima, cekap, bersesuaian dan berkesan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.

Pentadbiran

Pendahuluan

Bahagian Pentadbiran hospital ini mempunyai peranan yang besar bagi memberi khidmat sokongan kepada Bahagian Klinikal supaya hospital ini dapat berfungsi dengan berkesan bagi memberi perkhidmatan yang sempurna kepada para pesakit yang memerlukan rawatan. Objektif Bahagian Pentadbiran adalah seperti dibawah:

  • Untuk membentuk dan memajukan dasar- dasar pentadbiran operasi selaras dengan dasar, polisi dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian khususnya dan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan amnya.
  • Untuk menyediakan sumber kewangan, tenaga kerja, peralatan, kelengkapan dan kemudahan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan hospital.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan, belanjawan dan perolehan, pengurusan sumber manusia, dan pengurusan pejabat serta fasiliti dengan cekap dan berkesan bagi memastikan supaya operasi hospital berjalan dengan lancar.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan agar anggota hospital dapat bekerja dengan selesa, menjaga kebajikan dan kemajuan kerjaya mereka.
  • Perkhidmatan Pengurusan Personel
  • Perkhidmatan Pengurusan Kewangan
  • Perkhidmatan Perolehan dan Stor
  • Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti, Harta dan Pembangunan
  • Perkhidmatan Pengurusan Keselamatan dan Pengangkutan
  • Pengurusan Perkhidmatan Yang Diswastakan

Bagi memenuhi objektif di atas perkhidmatan sokongan yang disediakan oleh bahagian ini adalah seperti berikut:

Bahagian Pentadbiran ini adalah dketuai oleh seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M52 dengan dibantu oleh 5 orang Pegawai, 1 orang Penyelia, 3 orang Pembantu Tadbir Tinggi dan 4 orang Pembantu Tadbir Kanan. Bilangan keanggotaan pada keseluruhannya di Bahagian ini adalah seramai lebih daripada 100 orang.

 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013