fpp rawatan harian
PERKHIDMATAN RAWATAN HARIAN
Skim perkhidmatan ini menawarkan kemudahan seperti berikut:
![]() |
Kelebihan untuk memlilih pakar |
![]() |
Laluan giliran khas untuk mendapat rawatan |
![]() |
Menikmati beberapa keistimewaan sebagai pesakit dalam |
SKOP PERKHIDMATAN
![]() |
Perkhidmatan konsultasi |
![]() |
Perkhidmatan hospitaliti |
![]() |
Perkhidmatan penyiasatan |
![]() |
Perkhidmatan prosedur dan pembedahan |
![]() |
Perkhidmatan terapi |
CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN
Pesakit boleh mendapatkan rujukan dari mana-mana pengawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta atau boleh juga hadir sendiri untuk mendapatkan rawatan di bawah Skim PPBP. Seterusnya perlu mendapat temujanji doctor pakar yang berkaitan. Pakar akan memaklumkan kepada pesakit jika prosedur perlu dilakukan di Kompleks Rawatan Harian. |
CAJ RAWATAN HARIAN
Butiran | Kadar |
Caj pendaftaran masuk |
10.00 |
Katil jagaan rawatan harian (sehari) |
70.00 |
Anda juga akan dikenakan bayaran mengikut kadar yang ditetapkan bagi perkara berikut :
Ujian Makmal/Radiologi/Caj Ubat/Caj Prosedur/Pembedahan
PESAKIT RAWATAN HARIAN
Jika anda memilih Skim Perkhidmatan PPBP untuk menjalani prosedur di Kompleks Rawatan Harian, sila ambil perhatian perkara-perkara berikut :- |
![]() |
Dapatkan tarikh temujanji |
![]() |
Pesakit perlu hadir pada hari temujanji |
![]() |
Pesakit perlu menghubungi anggota petugas jika ingin menukar tarikh temujanji ditalian 03-61203233 samb. 2177/2201 |
![]() |
Perkhidmatan diberi mengikut waktu pejabat dari jam 8.00 pg. hingga 5.00 ptg. Isnin – Jumaat |
![]() |
Bayaran untuk caj pendahuluan prosedur perlu dijelaskan semasa pendaftaran |
![]() |
Skim ini perlu diteruskan sehingga rawatan diselesaikan dan pembayaran telah dijelaskan. |
LOKASI KOMPLEKS RAWATAN HARIAN
Kompleks Rawatan Harian terletak di Aras 2 bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan. Pesakit perlu masuk melalui pintu Utama Kompleks Rawatan Harian. |
PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah ini :
![]() |
Tunai |
![]() |
Kad Kredit |
![]() |
Bank Deraf |