Perkhidmatan Sajian Makanan Hospital Selayang telah di’outsourced’ kepada syarikat luar melalui tender sajian makanan yang dikendalikan oleh Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia setiap 3 tahun.
Panduan Perkhidmatan Sajian:
Manual Diet Hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia 2006.
Guidelines for Hospital Catering, Kementerian Kesihatan Malaysia 2010.
Guidelines Mass Catering, Kementerian Kesihatan Malaysia 1996.
Garispanduan Spesifikasi Bekalan Makanan Mentah Basah dan Mentah Kering,
Perkhidmatan Dietetik dan Sajian, Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan).
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 (Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan).
Akta, garispanduan atau pekeliling yang berkaitan dan berkuatkuasa.
Perkhidmatan Sajian Hospital Selayang:
Terdiri daripada 2 Pegawai Katering (C27), 2 Penolong Pegawai Tadbir (N17) dan 4 Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (N17).
Pemantauan Perkhidmatan Sajian 'Outsource' dalam mematuhi keperluan nutrien, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
Melaksanakan sistem pengurusan berdasarkan polisi-polisi, pekeliling - pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
Pemberian kupon makanan kepada Pegawai Perubatan bertugas-atas-panggilan mengikut kelayakan ditetapkan oleh Pengarah Hospital berdasarkan pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pengendalian dan penyimpanan produk formula enteral.
Bekerjasama dengan beberapa jabatan/unit lain dalam menyelaras kafeteria di Hospital Selayang:-
Kafeteria Staf
Kafeteria Awam
Perkhidmatan Sajian Makanan Secara 'Outsource':
Perkhidmatan sajian makanan Hospital Selayang akan dibuka tender setiap 3 tahun.
Perkhidmatan sajian makanan secara outsource melibatkan perkara-perkara seperti berikut:
Pesanan Diet Dari Wad
Pesanan, Pembelian Dan Penerimaan
Penyimpanan Dan Pengurusan Stor
Penyediaan, Memasak Dan Penghidangan Makanan
Pengagihan Makanan di Trayline
Penghidangan Makanan di wad
Survei Tahap Kepuasan Pelanggan
| Hidangan | Waktu Hidangan di Wad |
|
Sarapan |
7.00 pagi |
| Minum Pagi* | 10.00 pagi |
| Makan Tengahari | 12.00 tengahari |
| Minum Petang | 3.00 petang |
| Makan Malam | 6.30 petang |
| Minum Malam* |
9.00 malam |
* Hanya untuk hidangan ringan Diet Diabetik sahaja
Waktu hidangan di wad adalah waktu troli makanan sampai di wad