Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4
  • Utama
  • Mengenai Kami
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan Hospital Selayang

Kami beriltizam memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan yang profesional, selamat, berkualiti, mesra dan penyayang.

  • Keutamaan akan diberikan kepada kes-kes kritikal dan separa kritikal dengan masa menunggu adalah seperti berikut:

Jabatan Kecemasan

  • Kes kritikal (Zon Merah) akan dirawat serta-merta.
  • Kes separa kritikal (Zon Kuning) akan dirawat dalam masa 30 minit.
  • Kes tidak kritikal (Zon Hijau) dirawat dalam masa 90 minit sehingga 180 minit mengikut keutamaan keadaan pesakit .

  • Perkhidmatan Klinik Pakar akan diberikan mengikut nombor giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas, orang kurang upaya, pesara, dan kes-kes yang diiringi polis, guru dan anggota kesihatan dari kemudahan kesihatan.

  • Memastikan sekurang-kurangnya2gO% pesakit dilihat oleh doktor dalam masa 90 minit setelah keputusan ujian makmal/diagnostik diperolehi di Klinik Pakar.

  • Memberi maklumat berkenaan perancangan rawatan, risiko, pilihan yang ada, memelihara kehormatan dan kerahsiaan pelanggan.

  • Merujuk pelanggan ke hospital atau institusi lain bagi perkhidmatan yang tidak disediakan di hospital ini.

  • MemberiAkuan Penerimaan Aduan secara bertulis kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas aduan diterima.

  • Menyediakan kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa, selamat dan sistematik.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013