Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Misi Kemanusiaan : Sumbangan Untuk Mangsa Banjir di Pantai Timur

Adalah dimaklumkan bahawa Hospital Selayang akan menganjurkan projek kebajikan berupa pengumpulan pakaian/keperluan harian untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur yang amat-amat memerlukan bantuan bagi keperluan harian mereka. Projek ini dianjurkan bagi memenuhi obligasi sosial dan kebajikan semua warga kerja Hospital Selayang dan akan diselaraskan oleh Kelab Sukan & Kebajikan Hospital Selayang.

Sehubungan dengan ini, sokongan , kerjasama dan keperihatinan setiap warga kerja adalah diperlukan bagi menyumbang keperluan harian yang boleh digunakan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang sedang menghadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan harian masing-masing. Antara keperluan yang dipohon adalah seperti tilam, bantal, selimut, toto, pampers, pakaian harian (terutama pakaian sekolah), toiletries, peralatan memasak, water jet untuk kerja pembersihan dan juga bahan makanan kering. Semua sumbangan boleh dihantar di Kompleks Sukan & Rekreasi Hospital Selayang pada bila-bila masa pada atau sebelum 31 Disember 2014 ( Rabu) . Sumbangan yang berlabel boleh diletakkan dihadapan Dewan Badminton jika petugas keselamatan tidak berada dipost ketika penghantaran.

Memandangkan keperluan tersebut perlu dihantar secepat mungkin kerjasama semua penyumbang adalah diharapkan agar dapat membuat pengasingan dan melabel kotak-kotak tersebut mengikut jenis. Contohnya :
- pakaian kanak-kanak perempuan/lelaki ( jika ada had umur lagi memudahkan )
- pakaian dewasa lelaki/perempuan
- keperluan harian ( nyatakan )
- makanan kering ( nyatakan) dan lain-lain
Setiap kotak juga perlu di label SUMBANGAN MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR.

Semoga sedikit sumbangan yang diusahakan ini akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa terbabit. Sokongan , kerjasama dan sumbangan setiap warga kerja Hospital Selayang amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Setiausaha Kelab Sukan & Kebajikan Hospital Selayang di sambungan 3095/ 019-2041413 ( Pn. Hjh. Hamidah Hj. Ariffin)

TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013