PEMBERITAHUAN GANGGUAN SISTEM PERAWATAN PESAKIT (HIS) HOSPITAL SELAYANG
Adalah dimaklumkan bahawa aplikasi Hospital Information System Hospital Selayang (HIS) sedang mengalami masalah teknikal bermula 4 Mei, 2019.
Masalah sistem ini akan menyebabkan terjadinya gangguan kepada akses rekod perawatan pesakit menyebabkan kelewatan dalam tempoh perawatan. Buat masa ini, Bahagian Teknologi Maklumat sedang berusaha untuk mengenalpasti punca masalah dan akan terus memantau semua aktiviti pembaikan yang dijalankan sehingga selesai dan aplikasi HIS berfungsi seperti biasa.
Para pelanggan Hospital Selayang diharap dapat memberi kerjasama kepada pihak hospital dan kakitangan. Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa kesemasa.
Pengarah
Hospital Selayang.








