Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

  • Utama
  • Berita
  • Lawatan Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak ke Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang

Berita

Lawatan Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak ke Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang

Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak yang telah melawat untuk melihat sendiri Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang dan telah mengumumkan tambahan dana sebanyak RM3 juta bagi menyokong perkhidmatan sedia ada di pusat ini. Ini bakal digunakan untuk membeli lebih banyak peralatan canggih dan terkini untuk kegunaan pesakit yang menerima rawatan di pusat pembedahan katarak yang unik ini.

Pusat pembedahan ini adalah contoh kerjasama pintar yang strategik antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan KKM. MAIWP telah menyumbang dana bagi membeli dan membangunkan lot kedai di Jalan Ipoh ini untuk dijadikan pusat pembedahan rawatan harian serta menyediakan peralatan canggih untuk pembedahan katarak, manakala KKM pula menyediakan pasukan kepakaran mata untuk memberikan perkhidmatan terbaik pada kadar sangat mampu milik bagi rakyat.

Pusat ini telah menerima 12,100 pesakit sejak ia ditubuhkan pada 2013 lalu. Pesakit hanya perlu membayar RM103 untuk pembedahan, manakala pesakit kurang kemampuan adalah diberi rawatan percuma. Ini berbanding caj rawatan sekurang-kurangnya RM3,000 sehingga berbelas ribu jika dijalankan di hospital atau klinik mata swasta.

YAB Perdana Menteri sempat meluangkan masa berjumpa pesakit yang telah menjalani pembedahan dan juga kakitangan KKM di pusat pembedahan ini. Beliau sekali lagi mengulangi hasrat dan komitmen Kerajaan untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan Rakyat di negara ini.

 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013