Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato' Dr Hj Noor Azmi Ghazali ke Hospital Selayang
12 Mei 2020 - Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali telah menyantuni para petugas perubatan dan kesihatan di Hospital Selayang di sini hari ini.
Ketibaan YB Dato' Dr Noor Azmi Ghazali telah disambut oleh Pengarahnya, Dr. Sakinah Alwi.
YB Dato' Dr Noor Azmi seterusnya menyampaikan taklimat ringkas serta mengucapkan Selamat Hari Jururawat 2020 kepada para petugas barisan hadapan di hospital berkenaan.
YB Dato' Dr Noor Azmi kemudiannya menyampaikan sumbangan sebanyak 300 pack food, PPE Suits, PPE Covers dan topeng muka untuk petugas barisan hadapan di Hospital Selayang.
Turut hadir sama, YBrs Dr Tengku Norleen Tengku Sharif, Timbalan Pengarah (Perubatan) I, YBrs Dr Sivakumaran a/l P Jayaraman, Timbalan Pengarah (Perubatan) III dan YBrs Encik Subramaniam a/l Sandracasen, Timbalan Pengarah (Pengurusan) di Hospital Selayang.