Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

Unit Perhubungan Awam

Pengenalan

Unit Perhubungan Awam pada awal penubuhannya diletakkan di bawah Pengurusan Hospital Selayang dengan seorang Pembantu Tadbir Kanan (N22) yang menjalankan pengurusan aduan-aduan yang melibatkan pelanggan Hospital Selayang. Pada Ogos 2007 secara rasminya Unit Perhubungan Awam ditubuhkan dengan menempatkan seorang Pegawai Perhubungan Awam gred (S27).

Sejak itu, operasi Unit Perhubungan Awam makin berkembang dengan memberi fokus utama sebagai penghubung antara pihak hospital dengan pelanggan / orang awam. Tugas-tugas perhubungan awam dapat dilaksanakan secara profesional. Pada tahun 2009 pertambahan perjawatan dalam Unit ini telah dilaksanakan dengan kemasukkan seorang lagi Pegawai Perhubungan Awam bergred (S41) untuk mengetuai Unit ini. Selain daripada fungsi utamanya menguruskan aduan-aduan orang awam, kakitangan dalaman Unit ini juga bertugas untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Selayang kepada orang awam. Unit ini juga mengurus tadbir lawatan rasmi di Hospital Selayang. Selain daripada itu, secara harian pemantauan media cetak arus perdana diselia oleh Unit Perhubungan Awam.

Misi, Visi & Objektif

Misi

Memberi perkhidmatan pengurusan aduan awam, media dan lawatan korporat yang efisyen dan berkesan.

Visi

Menjadi penghubung antara orang awam dengan organisasi bagi memastikan pelanggan menerima mesej dan maklumat yang betul.

Objektif

    • Membantu orang awam mendapatkan penjelasan yang betul mengenai prosedur dan perkhidmatan di Hospital Selayang.
    • Menjalankan pengurusan aduan secara berkesan bagi memastikan orang awam mendapat maklumbalas tepat dan telus.

Perkhidmatan Ditawarkan

Pelanggan yang berurusan dengan Unit Perhubungan Awam akan diberi layanan yang berkualiti, cekap dan mesra bersesuaian dengan keperluan pelanggan.

Maklumat Lokasi Klinik, Wad dan Jabatan

Terletak di lobi utama Hospital Selayang

Hubungi:
Pegawai Perhubungan Awam
03-6126 3333 sambungan 3191

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013