Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

Unit Perpustakaan

Pengenalan

Unit Perpustakaan Hospital Selayang mula di buka pada bulan November 1999. Kini setelah hamper Tiga Belas Tahun beroperasi, Unit Perpustakaan telah Berjaya melaksanakan tugasnya sebagai sebuah pusat rujukan dan pencarian maklumat bagi semua kakitangan Hospital Selayang. Kapasiti Unit Perpustakaan Hospital Selayang boleh memuatkan seramai 200 orang pengguna pada satu-satu masa dengan keluasan kira – kira 10,103 kaki persegi.

Unit Perpustakaan Hospital Selayang pada masa ini telah Berjaya membangunkan koleksi buku-buku perubatan dan buku-buku bukan perubatan dan Journal perubatan kepada semua kakitangan Hospital. Perpustakaan Hospital Selayang mempunyai 8,510 naskah buku termasuklah buku perubatan, buku pengurusan untuk kumpulan sokongan seperti pekeliling – pekeliling perkhidmatan dan juga buku koleksi sasterawan Negara manakala koleksi Audio Visual sebanyak 107 CD-ROM keseluruhanya. Terdapat juga sebanyak 600 buah buku Fiksyen Melayu dan Fiksyen Inggeris melalui Pinjaman Berkelompok Perpustakaan Negara Malaysia.

Perpustakaan Hospital Selayang juga menyediakan Perkhidmatan Pengkalan Data berjudul Mdconsuit dan Update online untuk kegunaan rujukan kepada kakitangan hospital dan Kementerian Kesihatan.

Menjelang akhir tahun 2012 Unit Perpustakaan Hospital Selayang telah mempunyai keahlian 1300 orang setakat ini. Kesemua ahli yang berdaftar secara otomatik layak mendapat semua perkhidmatan yang di sediakan oleh Perpustakaan. Jumlah pengguna Perpustakaan yang berdaftar sebagai ahli adalah semakin meningkat dari hari ke hari ini menjadikan Perpustakaan sebagai tempat rujukan yang sangat sesuai keada pengguna Perpustakaan.

Visi, Misi & Piagam Pelanggan

VISI

Menjadikan Perpustakaan sebuah pusat rujukan maklumat dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang dan di segani bagi mewujudkan kakitangan hospital selayang sebuah Hospital Berbudaya ilmu dan kaya dengan maklumat serta kakitangan yang gemar membaca.

MISI

Menyediakan pusat rujukan bagi pegawai perubatan yang menyertai program perkhidmatan wajib (Houseman) mendapatkan maklumat perubatan yang terkini dan komprehensif sama ada dalam bentuk bercetak atau eletronik.

Membantu pegawai perubatan dalam mendapatkan maklumat perubatan dalam dan luar Negara dengan cepat, tepat pantas dan berkesan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan Perpustakaan Perubatan Hospital Selayang sebagai sebuah pusat maklumat perubatan yang cermerlang, Gemilang, Terkini dan Cnggih. Hasil Tenaga kami akan disalurkan dalam bentuk Perkhidmatan yang Efisyen Tekini dan berkualiti sesuai dengan kehendak pelanggang kami.

Koleksi, Keahlian & Perjawatan

KOLEKSI

Journal Perubatan
Surat khabar Utama
Rujukan Umum (Kamus, Direktore, Buku Pepereksaan, Novel dan sebagainya)
Laporan (Laporan Tahunan, Laporan Kualiti dan sebagainya)
Terbitan (Buletin, MINDA, Pamplet dan sebagainya)

KEAHLIAN

Keahlian dibuka kepada semua warga Hospital Selayang
Ahli baru dikehendaki menyediakan 2 keping gambar berukuran passport (Untuk Fail, Kad ahli)

PERJAWATAN

Seramai 2 Orang kakitangan Perpustakaan iaitu:

Zaleha Binti Mat Zain Pembantu perpustakaan
Zainon binti Zakariah Pembantu perpustakaan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidamatan Sirkulasi

Pinjaman
Pemulangan
Pembaharuan

Perkhidmatan Internet

Perkhidmatan pencarian maklumat menggunakan internet dan perkongsian maklumat dengan menggunakan computer di sudut yang di sediakan (sudut IT)

Perkhidmatan Bilik Perbincangan

Perkhidmatan ini disediakan untuk semua ahli perpustakaan mengadakan perbincangan secara berkumpulan.

Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan

Perkhidmatan yang disediakan bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna Perpustakaan untuk mendapatkan bahan seperti buku dan atikel dari organisasi-organasasi lain.

Perkhidmatan Rujukan dan Perujukan

Perkhidmatan yang disediakan ini meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pencarian maklumat dari sumber yang ada di perpustakaan atau dari pengkalan data yang disediakan.

Perkhidmatan kesedaran Semasa

- Perkhidmatan Journal Atas Talian (e-Journal)

Dapat mengakes journal yang di sediakan oleh Perpustakaan Hospital Selayang dan juga boleh di buat melalui Potal Virtual Library Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua Kakitangan boleh mengakses kepada pengkalan data yang di sediakan.

- Maklumat Kesedaran

Maklumat terkini mengenai perubatan dan kesihatan boleh diperolehi melalui laman wed KKM dan keratin Akhbar.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013