Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

Pusat Laktasi Kebangsaan

Pengenalan

Pusat Laktasi Kebangsaan telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2008 di Aras 5 Hospital Selayang dan telah diumumkan oleh Y.Bhg. Dato' Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia semasa majlis pelancaran 'Buku Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan' sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada 1 Ogos 2008 di Auditorium Hospital Selayang.

Misi, Visi & Objektif

MISI

  • Menjadi pusat sumber sokongan dan informasi bagi mempromosi dan memperkukuhkan program Penyusuan Susu Ibu.

VISI

  • Menjadi sebuah pusat kecemerlangan laktasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan jalinan sokongan daripada KKM, WHO dan UNICEF.
  • Menjadi pusat pentadbiran dan rujukan utama program penyusuan susu ibu di Malaysia.

OBJEKTIF

  • Membantu Kementerian Kesihatan, NGO dan Sektor Swasta untuk bergiat cergas memperkembangkan program Penyusuan Susu Ibu di Malaysia.
  • Membantu mempromosi, menyokong dan melindungi budaya penyusuan susu ibu di kalangan masyarakat.
  • Mengadakan kerjasama dan membentuk jaringan peringkat Kebangsaan dan antarabangsa bagi aktiviti Penyusuan Susu Ibu.
  • Menyelaras latihan berkaitan program Penyusuan Susu Ibu.
  • Sebagai pemudahcara di dalam memperkukuhkan aktiviti program penyusuan susu ibu di Hospital Kerajaan dan Swasta, Klinik Kesihatan dan Organisasi lain.
  • Membangunkan "Pusat Kecemerlangan Laktasi" untuk menggalakkan penerimaan penyusuan susu ibu yang mencapai piawaian mengikut polisi penyusuan susu ibu Malaysia.
  • Membangunkan strategi jangka panjang untuk mengukuhkan dan menyamatarafkan program Penyusuan Susu Ibu di Malaysia dan di peringkat dunia mengikut terma dan rujukan Pusat Laktasi Kebangsaan yang telah diberi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Skop Perkhidmatan

1. Menyelaraskan Kursus
Menyelaraskan Kursus berkaitan program Penyusuan Susu Ibu di Malaysia dengan mensasarkan Pegawai Perubatan, Paramedik dan Kumpulan Sokongan melibatkan peserta dari Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital Kerajaan, Klinik Kerajaan, Hospital Swasta, NGO dan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu.

Kursus-Kursus yang diselaraskan adalah seperti berikut:

i. Kursus Pengurusan Laktasi 20 jam
ii. Kursus Kaunseling Penyusuan Susu Ibu 40 Jam
iii. Kursus Pengurusan & Pentadbiran Hospital Rakan Bayi
iv. Kursus Penilai Kebangsaan Hospital Rakan Bayi
v. Kursus "Infant and Young Child Feeding"
vi. Kursus Ulangan (Refresher Course)
vii. Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu
viii. Kursus Jururawat Laktasi
ix. Kursus Pemantauan Hospital Rakan Bayi (Monitoring Tools)
x. Latihan Penyusuan Susu Ibu Untuk Anggota Bukan Klnikal


2. Advokasi dan "outreach"

  • Menyokong dan memperkukuhkan inisiatif-inisiatif berkaitan program Penyusuan Susu Ibu seperti di Pusat Jagaan Bayi, tempat Kerja, bangunan dan kawasan riadah awam serta kenderaan awam.
  • Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan tempatan, agensi-agensi Swasta, kumpulan-kumpulan tertentu seperti pertubuhan wanita, belia dan hak asasi manusia.

3. Promosi Penyusuan Susu Ibu

  • Menjalankan program-program mempromosi penyusuan susu ibu di peringkat agensi-agensi kerajaan dan swasta.
  • Menjalankan program-program mempromosi penyusuan susu ibu di media massa, media cetak dan pameran 'roadshow'.
  • Mengadakan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia.
  • Menyelaras dan menerbitkan buletin khas Penyusuan Susu Ibu.

4. Mengumpul dan Menganalisis data berkaitan Penyusuan Susu Ibu

5. Pusat Rujukan

  • Bertindak dalam pembangunan garis panduan dan penambahbaikan modul latihan berkaitan penyusuan susu ibu di peringkat Kebangsaan.
  • Bertindak sebagai pusat rujukan dalam pembangunan dan penambahbaikan kurikulum berkaitan penyusuan susu ibu di sekolah, kolej kejururawatan dan kolej perubatan.
  • Sebagai Pusat Rujukan dalam penyediaan bahan-bahan pendidikan (risalah, buku kecil, carta selak, video dan CD) dan latihan berkaitan Penyusuan Susu Ibu.
  • Bertindak sebagai Pusat Rujukan bagi pendidikan & kaunseling dalam Penyusuan Susu Ibu iaitu:

i. Menerima rujukan ibu-ibu mengandung dan lepas bersalin yang bermasalah dalam penyusuan susu ibu yang tidak boleh dikendalikan oleh anggota kesihatan.
ii. Menerima rujukan ibu-ibu yang mengambil anak angkat yang memerlukan pengetahuan khas dalam pengurusan Penyusuan Susu Ibu.
iii. Bertindak sebagai Pusat Rujukan bagi pelajar-pelajar kursus lanjutan yang memerlukan bantuan teknikal Penyusuan Susu Ibu.

Komponen

1. Memperkenalkan Hospital Rakan Bayi kepada orang ramai

  • Sebagai 'Centre of Excellent' untuk semua kategori pelawat dari dalam dan luar Negara untuk mempelajari dan membuat pemerhatian berkenaan 'Ideal Baby-Friendly Facility'.
  • Pelawat terdiri daripada Sektor Awam dan Sektor Swasta, pelawat antarabangsa, NGO, Badan-Badan Profesional seperti OGSM, orang awam dan universiti- universiti dalam dan luar Negara.

2. Pusat Peperiksaan Antarabangsa

  • Menjadi pusat Peperiksaan Laktasi Antarabangsa di Malaysia untuk calon peserta dalam Malaysia dan luar Negara contohnya (IBLCE)

3. Berkolaborasi dengan Pejabat Kesihatan Daerah & Jabatan Kesihatan Negeri berkaitan program Penyusuan Susu Ibu

  • Bekerjasama dan membantu klinik-klinik Kesihatan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah kearah Klinik Rakan Bayi.
  • Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh Malaysia berkaitan program- program Penyusuan Susu Ibu di Malaysia.

4. Bekerjasama dengan Bahagian Pemakanan dalam membuat penambahbaikan dan menyediakan modul-modul serta kokurikulum berkaitan Penyusuan Susu Ibu.

5. Rancangan Jangka Pendek

  • Sebagai Pusat Rujukan Laktasi
  • Bekerjasama dengan rangkaian yang menjalani program mempromosi laktasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsan termasuk persatuan NGO, WHO dan UNICEF.
  • Mengadakan konferen/kongres peringkat Kebangsaan
  • Menjadi pusat penyelidikan laktasi
  • Menambahbaik Korikulum Dalam Pengurusan Laktasi
  • Mempromosi penyusuan susu ibu dengan lebih aktif di peringkat kebangsaan
  • Meningkatkan status dan kepentingan penyusuan susu ibu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

6. Rancangan Jangka Panjang

  • Menganjur 'Breastfeeding Conference' diperingkat antarabangsa
  • Mengadakan Diploma di dalam bidang pengurusan laktasi dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi di Malaysia
  • Sebagai pusat rujukan bagi 'Malaysia Breastfeeding Consultants Association".

Polisi Laktasi Kebangsaan

1. Ketua Pusat Laktasi Kebangsaan perlulah di lantik oleh Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Semua anggota kesihatan yang bertugas di Pusat Laktasi Kebangsaan adalah seorang warganegara Malaysia dan dilantik oleh Kerajaan Malaysia secara tetap atau kontrak.

3. PLK adalah satu unit yang tersendiri di bawah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan diketuai oleh Pakar Perunding Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi yang telah menjalani kursus diperingkat kebangsaan dan mempunyai minat serta kesungguhan dalam melaksanakan program laktasi di Malaysia.

4. Anggota Kesihatan yang bertugas di Pusat Laktasi Kebangsaan perlu menjalani paling minimum Kursus Pengurusan Laktasi 20 jam dan Kursus Kaunseling 40 jam.

5. Pusat Laktasi Kebangsaan mesti mempunyai modul latihan pengurusan laktasi 20 jam dan modul latihan bagi anggota kesihatan untuk kursus kaunseling penyusuan susu ibu, bahan-bahan pendidikan penyusuan susu ibu dan bahan rujukan bagi mengatasi masalah penyusuan susu ibu.

6. Semua staf yang bertugas di Pusat Laktasi Kebangsaan hendaklah bertugas pada waktu pejabat supaya dapat menjalani tugas-tugas khusus berkaitan laktasi .

7. Staf Pusat Laktasi Kebangsaan mestilah menjadi anggota kumpulan sokongan Hospital/Daerah/ Negeri dan seterusnya seluruh Malaysia.

8. Semua staf Pusat Laktasi Kebangsaan mestilah mematuhi Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan pindaan keempat yang telah dilancarkan pada 1 Ogos 2008 cetakan kedua 19 November 2008.

9. Anggota kesihatan yang bertugas di Pusat Laktasi Kebangsaan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan, diperakukan oleh Jawatankuasa privileging & credentialing Hospital dan diluluskan oleh pengarah Hospital.

10. Semua kes-kes yang bermasalah boleh dirujuk kepada anggota kesihatan Pusat Laktasi Kebangsaan pada waktu pejabat atau bagi ibu yang tidak dapat datang, hubungi melalui telefon semasa atau selepas waktu pejabat.

11. Ibu-ibu yang perlu perskripsi ubat seperti kes 'Induced Lactation' atau 'Relactation' hendaklah dibuat perskripsi oleh doktor yang menjaga.

12. Klinik Laktasi di Pusat Laktasi Kebangsaan Hospital Selayang hendaklah dijalankan oleh Anggota Kesihatan yang berpengalaman , sekurang-kurangnya telah menjalani kursus Pengurusan Laktasi 20jam, kursus kaunseling 40jam atau kursus 'Advocacy' peringkat kebangsaan (dari Pusat Laktasi Kebangsaan, Jabatan Obstetrik & Ginekologi atau dari jabatan Pediatrik).

Terma Rujukan

1. Memastikan keberkesanan program Pusat Laktasi di peringkat Kebangsaan.
2. Membantu dalam pelaksanaan, penyeliaan dan penambahbaikan hospital/klinik rakan bayi.
3. Sebagai Penasihat / Pakar Rujuk di zon-zon berkenaan.
4. Membantu dalam pemantauan aktiviti yang dijalankan oleh penjawat kesihatan di hospital/klinik dan badan bukan kerajaan (NGO).
5. Membantu dalam penambahbaikan kepada garispanduan yang telah sedia ada dan juga merangkakan serta menghasilkan garispanduan baru.
6. Bertanggungjawab ke atas semua fungsi Pusat Laktasi Kebangsaan sebagai ketua.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013