Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

Rekod Perubatan

Pengenalan

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan dalam pengurusan rekod perubatan, pengurusan perundangan dan pengurusan perangkaan serta klasifikasi klinikal koding.

Unit Pengurusan Rekod Perubatan

Di Hospital Selayang, pengurusan rekod perubatan adalah secara elektronik (EMR) di mana aplikasi PowerChart telah digunapakai dalam pendaftaran dan perawatan pesakit secara menyeluruh. Pengurusan EMR dikawal selia bersama Jabatan Teknologi Maklumat.
Walau bagaimanapun terdapat dokumen yang tidak berintegrasi dengan aplikasi Powerchat dan penggunaan dokumen secara 'paper/hardcopy' digunapakai dalam memastikan kesinambungan perawatan kesihatan pesakit. Pengurusan dokumen secara 'paper/hardcopy' akan melibatkan penerimaan, penyimpanan dan pinjaman serta pelupusan. Disimpan dalam fail menggunakan Sistem Terminal Digit dan kod warna.

Aktiviti pengurusan dokumen perubatan melibatkan:

• Menerima 'paper document' rekod perubatan pesakit daripada 36 wad, 15 klinik, Jab Kecemasan dan Rawatan Harian (daycare) Hospital Selayang

• Menyimpan rekod-rekod yang diterima mengikut Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

• Mengawal selia rekod-rekod dengan cermat dan RAHSIA

• Melaksanakan pelupusan apabila cukup tempoh mengikut Jadual Pelupusan.

• Memproses pinjaman rekod bagi tujuan sapina mahkamah, penyelidikan, kes mortality jabatan atau hospital kerajaan/klinik kesihatan dan siasatan hospital.

Aktiviti perkhidmatan maklumat kesihatan pesakit turut melibatkan;

• Memohon pendaftaran lewat kelahiran
• Memohon pendaftaran lewat kematian
• Memohon semakan kesahihan sijil cuti sakit oleh majikan
• Memohon pengesahan kedatangan/kemasukan ke wad

Permohonan pendaftaran lewat kelahiran dan lewat kematian

Tatacara memproses permohonan pendaftaran lewat kelahiran dan lewat kematian, pemohon perlu hadir ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Selayang.

Tindakan pengesahan akan mengambil masa dalam tempoh 7 hari bekerja. Sila rujuk risalah bagi keperluan dokumen.

Panduan pendaftaran lewat kelahiran / lewat kematian

Permohonan semakan kesahihan sijil cuti sakit oleh majikan

Tatacara memproses semakan kesahihan sijil cuti sakit dimana majikan perlu memohon secara bertulis bersama salinan sijil cuti sakit yang berkaitan ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Selayang. Tindakan pengesahan akan mengambil masa dalam tempoh 7 hari bekerja.

Permohonan pengesahan kedatangan/kemasukan ke wad

Tatacara memproses permohonan pengesahan kedatangan/kemasukan ke wad, pemohon perlu hadir ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Selayang. Tindakan pengesahan akan mengambil masa dalam tempoh 1-2 jam.

Jika memohon secara bertulis kemukakan surat pemohon bersama dokumen; (i) salinan pengenalan diri (ii) kad TCA (iii) surat keizinan pesakit jika melibatkan pihak ketiga.
Tindakan pengesahan akan mengambil masa dalam tempoh 7 hari bekerja.

Unit Perundangan

Unit ini menyediakan perkhidmatan bagi permohonan laporan perubatan (termasuk borang insuran, KWSP, PERKESO, Buruh 90, Hemodialisis, BAT117, OKU, dll), Laporan Bedah Siasat, Laporan Pakar, Laporan Pendapat Kedua (second opinion), Laporan Penjelasan/Laporan Pembetulan.

Permohonan Laporan Perubatan tertakluk kepada caj bayaran tertentu. Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh diterima.

Permohonan Laporan Perubatan hendaklah dipohon mengikut tatacara permohonan yang ditetapkan. Sila rujuk Panduan Permohonan Laporan Perubatan

Pemohon boleh menggunakan borang permohonan yang disediakan atau menulis surat permohonan. Sila rujuk Borang Permohonan Laporan Perubatan.

Sekiranya melibatkan pihak ketiga bagi memohon atau mengambil, kebenaran bertulis (ASAL) hendaklah diberi oleh pesakit/waris/penjaga. Dokumen yang menunjukkan pertalian keluarga (surat bernak/sijil nikah dll berkaitan) hendaklah disertakan bagi pihak waris/penjaga yang memohon. Sila rujuk risalah tatacara permohonan.

Sila rujuk template Surat keizinan oleh pesakit

Bagi pungutan melalui kaunter, hanya pesakit atau wakil yang membawa surat kuasa sahaja yang dibenarkan mengambil laporan. Sekiranya tidak diambil dalam tempoh 2 minggu laporan tersebut akan dihantar secara pos.

Sebarang permohonan Laporan Perubatan / Laporan Pendapat Kedua (second opinion)/ Laporan Pembetulan / Laporan Penjelasan atau sebarang pertanyaan berkaitan perlu dimajukan ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Selayang.

Unit Perangkaan dan Klasifikasi Klinikal Koding

Unit ini menyediakan perkhidmatan dalam perangkaan bulanan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan menyelaraskan permohonan maklumat perangkaan dari agensi kerajaan dan para penyelidik.

Klasifikasi klinikal koding melibatkan penggunaan standard ICD 10 (diagnosis/penyakit) dan ICD 9CM (prosedur) untuk Pesakit Dalam, Rawatan Harian dan Pesakit Luar.

Permohonan dari agensi kerajaan/berkanun untuk memohon maklumat perangkaan perlu dipohon melalui Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri atau Pengarah Hospital.

Bagi tujuan penyelidikan, pemohon perlu memohon melalui Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) atau layari laman web www.nmrr.gov.my bagi maklumat lanjut.

Hubungi

Sebarang pertanyaan boleh hubungi;
Talian Utama : 03-6126 3333
Kaunter Laporan Perubatan : 03-6126 3061 / 3063 /3062 / 3060
Maklumat Kesihatan Pesakit : 03-6126 3053 / 3055 / 3064 / 3051

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013