Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

Teknologi Maklumat

Visi, Misi & Objektif

Visi

Menjadikan Hospital Selayang sebagai hospital ICT menerusi pelaksanaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dan bersepadu bagi menyokong perkhidmatan penjagaan kesihatan yang efisyen dan berkualiti.

Misi

1. Mengautomasikan proses kerja yang bersesuaian bagi meningkatkan produktiviti dan keberkesanan perkhidmatan penjagaan kesihatan melalui penggunaan dan pelaksanaan sistem aplikasi ICT.

2. Memastikan infrastruktur ICT yang disediakan adalah lengkap, stabil dan selamat bagi menyokong penggunaan dan pelaksanaan sistem aplikasi ICT.

3. Memantau dan menyelenggara sistem ICT supaya sentiasa dapat digunakan.

4. Menyediakan khidmat sokongan teknikal yang efisyen dan berkualiti kepada pengguna ICT.

5. Membudayakan penggunaan ICT di kalangan warga Hospital Selayang melalui kursus dan latihan yang dianjurkan.

Objektif Jabatan Teknologi Maklumat

1. Merancang, mengurus dan menyelenggara sistem maklumat yang cekap dan berkualiti.

2. Menyediakan kemudahan dan infrastruktur ICT yang lengkap untuk pengguna ICT Hospital Selayang.

3. Meningkatkan tahap kesedaran ke arah keberkesanan penggunaan teknologi maklumat.

Objektif Q

Memastikan Total Hospital Information System (THIS) dilaksanakan dengan lancar dan pengukuran dibuat berdasarkan uptime 99% bagi tahun 2015

Piagam Pelanggan

1. Menyelenggara sistem aplikasi HIS bagi mencapai 99% availability .
2. Memastikan keselamatan sistem aplikasi, rangkaian dan data sentiasa terjamin.
3. Memastikan laman web rasmi Hospital Selayang sentiasa dikemaskini dan boleh dicapai sepanjang masa.
4. Memastikan akaun-akaun pengguna diwujudkan dalam tempoh 3 - 5 hari bekerja selepas permohonan diterima.
5. Menyelesaikan aduan pengguna berdasarkan SLA yang telah ditetapkan di dalam kontrak Pengoperasian dan Penyelenggaraan :
a) Severity 1 : 6 jam
b) Severity 2 : 3 hari
c) Severity 3 : 7 hari
6. Menyediakan latihan penggunaan sistem kepada staf baru dalam tempoh sebulan selepas melapor diri.
7. Memastikan permohonan keperluan infrastruktur ICT baharu yang dipohon oleh pengguna disediakan dalam tempoh seminggu selepas semua keperluan berkaitan disediakan.

 

IT1 IT2 IT3
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013