Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain

header-mobile

  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

Obstetrik & Ginekologi

Pengenalan

Semenjak mula beroperasi pada tahun 1999, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi telah memperlihatkan peningkatan jumlah pesakit yang amat ketara. Tahun 2012 terdapat 9588 kelahiran di wad bersalin manakala bilangan pesakit luar di klinik pakar O+G telah meningkat kepada 19609 pesakit.

Visi & Misi

VISION

The O & G Department of Hospital Selayang is committed to deliver a comprehensive O & G service which is efficient, caring, and cost effective and evidence- based.

MISSION

  1. Provide and maintain quality care in O & G.
  2. Maintain a relaxed, secure environment where patients, families and staff are involved in developing a realistic, flexible and knowledgeable attitude towards patient care.
  3. Encourage attitudes and provide opportunities for further professional growth
  4. Provide postgraduate, undergraduate, nursing and continuous education opportunities.
  5. Provide service in a cooperative manner involving a caring and professional team.

KAKITANGAN JABATAN

Jabatan ini diketuai oleh Dr.Haji Mohd Roslan Bin Abdul Halim dan beliau dibantu oleh 5 orang Pakar termasuk Pakar Perunding Kanan dan Pakar Perunding.

Di samping itu Pensyarah-pensyarah O+G dari Fakulti Perubatan UiTM menyumbangkan tenaga mereka di Jabtan O&G.

Pada setiap masa terdapat diantara 15-17 Pegawai Perubatan dan sebahagian daripada mereka sedang menjalani latihan Sarjana O+G atau MRCOG. Jumlah Pegawai Perubatan Siswasah adalah diantara 40-50 pegawai.

Perkhidmatan kejururawatan disediakan oleh seorang Penyelia Jururawat, Ketua – Ketua Jururawat, Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat dan PPK.

Perkhidmatan

PERKHIDMATAN

Jabatan ini memberi perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pakar setiap hari kecuali hari Jumaat. Kes- kes Obstetrik diterima setiap hari manakala kes-kes Ginekologi dirawat pada hari Isnin dan Khamis. Jabatan ini juga memberi perkhidmatan Urogynecology , Klinik Infertility, Colposcopy dan Outpatient Hysteroscopy. Perkhidmatan FPP ( Fee paying Patients) juga di tawarkan di jabatan ini.

Untuk kes-kes Infertility, prosidur semen analysis dan Intrauterine Insemination dilakukan di klinik pakar dan prosidur In Vitro Fertilization di lakukan di Hospital Kuala Lumpur kerana kita tidak ada perkhidmatan embryologist.

Jabatan ini juga menjalankan Klinik Obstetrik bersama dengan Pakar Rheumatologi dan Pakar Perubatan Endocrine untuk pesakit – pesakit obstetrik yang mempunyai masalah semasa mengandung.

Klinik O+G di Hospital Kuala Kubu Baru di kendalikan dua kali sebulan oleh pakar dari jabatan ini.

Untuk rawatan dalam terdapat wad bersalin termasuk Patient Assessment Center(PAC) tiga wad Obstetrik ( 5A, 5B dan 5C ) dan satu wad Ginekologi ( 11C ). Setiap wad mempunyai 28 katil Wad Obstetrik kelas satu ( 11B) masih belum beroperasi kerana kekurangan jururawat.

Pembedahan caesarean elektif dan kecemasan dijalankan setiap hari dan pembedahan kes elektif ginekologi dilakukan pada hari Selasa dan Khamis.

PENGHARGAAN

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi ingin merakamkan terima kasih kepada Pengarah Hospital, Ketua – Ketua Jabatan Klinikal dan Sokongan Klinikal, Sokongan bukan Klinikal dan semua jururawat untuk sokongan dan bantuan yang di beri kepada jabatan Obstetrik dan Ginekologi.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013