Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2018
Hospital Selayang telah mengadakan Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2018 dengan Tema “Sukarelawan Pencetus Peluang” pada 5.12.2018. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Selayang, Dr. Sakinah binti Alwi dan diserikan dengan kehadiran Artis Dato Ahmad Fauzee, Adlin Aman Ramli dan Ayu Cendana.
Pada majlis ini juga Hospital Selayang telah mendapat sumbangan kerusi Roda sebanyak 34 buah bagi kegunaan pesakit daripada Syarikat Spanco Sdn Bhd, Kelab NGO Negaraku, Rotary Club Jln Klang Lama dan Syarikat Datta Shree Sdn Bhd. Majlis telah diacarakan oleh MC profesional En Mohd Azhani Samad dari Akademi Pengacaraan Malaysia.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini dan kepada semua Sukarelawan dan Anggota Hospital yang hadir menyertai program ini.