Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Kempen Derma Darah Hospital Selayang September 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman semua warga Hospital Selayang, Kempen Derma Darah akan berlangsung mengikut ketentuan seperti di bawah:

Tarikh: 4 Sept 2019
Hari: Rabu
Masa: 10.00am - 4.00pm
Tempat: Lobi Utama Aras 3, Hospital Selayang

Sebagai makluman juga kempen yang biasanya selama 2 hari terpaksa di buat sehari disebabkan oleh Pusat Darah Negara ada program kempen derma darah di PUSASDA ( kem tentera di Port Dickson).

Peringatan: Bagi warganegara dimestikan membawa kad pengenalan dan bagi bukan warganegara, perlu menetap di Malaysia lebih dari 1 tahun dan perlu membawa passport.

Anda semua dijemput hadir.
Donation of Blood means a few minutes to you but a lifetime for somebody else.

Sekian. Harap Maklum

PEMBERITAHUAN GANGGUAN SISTEM PERAWATAN PESAKIT (HIS) HOSPITAL SELAYANG

Adalah dimaklumkan bahawa aplikasi Hospital Information System Hospital Selayang (HIS) sedang mengalami masalah teknikal bermula 4 Mei, 2019.

Masalah sistem ini akan menyebabkan terjadinya gangguan kepada akses rekod perawatan pesakit menyebabkan kelewatan dalam tempoh perawatan. Buat masa ini, Bahagian Teknologi Maklumat sedang berusaha untuk mengenalpasti punca masalah dan akan terus memantau semua aktiviti pembaikan yang dijalankan sehingga selesai dan aplikasi HIS berfungsi seperti biasa.

Para pelanggan Hospital Selayang diharap dapat memberi kerjasama kepada pihak hospital dan kakitangan. Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa kesemasa.

Pengarah
Hospital Selayang.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013