5S Hospital Selayang
![]() |
Definisi 5S 5S adalah ringkasan kepada perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. la merupakan amalan yang dapat mewujudkan tempat kerja yang lebih produktif dan memastikan peralatan-peralatan sentiasa bersih, berfungsi dan tiada masalah. |
Impak / Faedah 5S
- Susunan akan menjadi lebih teratur.
- Tempat kerja yang lebih selamat dan mendorong kepada peningkatan
produktiviti. - Persekitaran tempat kerja lebih kondusif.
- Kerja menjadi lebih lancar dan kos dapat dikurangkan.
- Menghasilkan kerja/output yang berkualiti.
- Memastikan kerja disempurnakan tepat pada masanya.
- Mengurangkan aduan daripada pelanggan.
- Mengeratkan kerjasama di kalangan anggota.
- Motivasi dan moral anggota meningkat
Polisi Amalan 5S
5S adalah suatu amalan ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti secara berterusan. Melalui amalan penjagaan kebersihan di tempat kerja dengan baik dan kawalan visual yang sistematik, kita akan berusaha dan membina organisasi yang menggalakkan semangat bersatu padu, berdisplin dan meningkat pembaikan dalam semua tugas dan kerja demi memenuhi kehendak pelanggan kita
Amalan 5S
Amalan Sisih