Pengenalan
Hepatobiliari / Hepato Pancreator Biliary
Jabatan Pembedahan Hepatopancreatobiliary (HPB) telah bertapak di Hospital Selayang sejak akhir 1999 dan sejak dari itu Jabatan HPB terus bergerak ke hadapan dengan memberikan komitmen sepenuhnya dalam memberikan rawatan pembedahan, khidmat nasihat, penyelidikan, latihan dan sebagainya dalam bidang berkaitan penyakit Hepar, Pancreas, Sistem Biliari serta Pemindahan Hepar.
Bertindak sebagai Pusat Rujukan HPB Utama di Malaysia, Jabatan HPB Hospital Selayang telah menerima ratusan kes-kes yang berkaitan HPB dengan jayanya termasuk daripada Sabah dan Sarawak.