Text Size
A+ A A-
Color Chooser
 default green blue contrast font_default red blue Language Other Language
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Pencapaian

Pada tahun 2012, Mr Vasu Pillai A/l Letchumanan, Pakar Bedah dari Hospital Alor Setar Kedah, telah berjaya menamatkan latihan Sub-Kepakaran HPB untuk ditauliahkan sebagai Pakar Perunding Hepatobiliari.Sehingga kini, perkhidmatan HPB telah berkembang ke negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Alor Setar, Melaka, Sarawak dan Terengganu. Dengan perkembangan ini, para penduduk di sekitar negeri tersebut berpeluang mendapatkan rawatan berkaitan HPB dengan mudah dan dekat. Pakar-pakar Perunding Hepatobiliari juga membuat lawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu sekali setiap bulan mengikut rotasi bagi merawat pesakit HPB di negeri Sabah.

Perancangan Masa Depan

Jabatan HPB Hospital selayang bercadang untuk melakukan lebih banyak lagi pembedahan berkaitan HPB dan juga Transplan Hepar memandangkan masih ramai pesakit memerlukan pembedahan ini.

Aktiviti / CME / Penyelidikan / Latihan

Jabatan HPB Hospital Selayang giat dalam aspek CME. Para Doktor dan Paramedik sentiasa diberi bimbingan dan galakkan demi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. CME untuk para Doktor diadakan pada setiap hari Khamis, pada pukul 7.00am – 8.00am manakala CME untuk paramedik pula diadakan sebulan sekali, disamping CME yang lain mengikut kumpulan paramedik.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Peranan Jabatan HPB Hospital Selayang dalam bidang berkaitan dengannya adalah sangat besar dan berisiko tinggi, namun dengan pengalaman yang luas setiap kes tersebut dapat dirawat sebaik mungkin dan memberikan nilai tambah pada kehidupan pesakit yang terlibat.

Selain daripada melakukan pembedahan-pembedahan yang besar, Jabatan HPB Hospital Selayang juga memberikan perkhidmatan di Kompleks Rawatan Harian iaitu ERCP, OGDS dan Colonoscopy.

Pembedahan Pemindahan Hepar, adalah satu-satunya pembedahan di Malaysia yang hanya dilakukan di Hospital Selayang di mana segala kepakaran dan teknologi berpusat di sini, dan ia dilakukan dengan cemerlang oleh Jabatan HPB Hospital Selayang.

Pengenalan

Hepatobiliari / Hepato Pancreator Biliary

Jabatan Pembedahan Hepatopancreatobiliary (HPB) telah bertapak di Hospital Selayang sejak akhir 1999 dan sejak dari itu Jabatan HPB terus bergerak ke hadapan dengan memberikan komitmen sepenuhnya dalam memberikan rawatan pembedahan, khidmat nasihat, penyelidikan, latihan dan sebagainya dalam bidang berkaitan penyakit Hepar, Pancreas, Sistem Biliari serta Pemindahan Hepar.

Bertindak sebagai Pusat Rujukan HPB Utama di Malaysia, Jabatan HPB Hospital Selayang telah menerima ratusan kes-kes yang berkaitan HPB dengan jayanya termasuk daripada Sabah dan Sarawak.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013