Text Size
A+ A A-
Color Chooser
 default green blue contrast font_default red blue Language Other Language
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

PROGRAM PEMERKASAAN REMAJA ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Program Pemerkasaan Remaja Orang Asli Peringkat Negeri Selangor, Agenda Nasional Malaysia Sihat & Sambutan Hari Orang Asli 2022 Peringkat Hospital Orang Asli, Gombak telah diadakan pada hari ini 12 hb November 2022. Program Pemerkasaan Remaja Orang Asli Peringkat Negeri Selangor merupakan program multiagensi yang melibatkan Persatuan Promosi Kesihatan Malaysia (MAHEO), Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan (IPTK) Institut Kesihatan Negara, Jabatan Kemajuan Orang Asli Selangor (JAKOA), Universiti Selangor (Unisel), Institut Darul Ehsan (IDE), AsyikFM, Bahagian Promosi Kesihatan Jab. Kesihatan Negeri Selangor dan Hospital Orang Asli, Gombak.
Sejajar dengan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meningkatkan tahap kesihatan rakyat tanpa mengira bangsa, program ini bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat khasnya remaja orang asli bagi memupuk budaya hidup sihat seperti amalan makan secara sihat, aktif setiap hari, tidak merokok dan amalan kesihatan minda yang baik. Remaja merupakan aset penting bagi negara sebagai penyambung kepimpinan serta mendepani cabaran pada masa akan datang. Kesedaran tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja Orang Asli adalah aspek yang perlu diutamakan bagi membentuk masyarakat Orang Asli yang seimbang antara kesihatan jasmani dan kerohanian melalui amalan cara hidup sihat, bagi sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara yang mampan pada masa hadapan.

HOAG2

HOAG1

HOAG5

HOAG6

HOAG7

Majlis Semarak Budi Sanjungan Bakti

Pada 4 November 2022 yang lalu, Hospital Selayang telah Mengadakan Majlis Semarak Budi Sanjungan Bakti bagi meraikan seramai 53 orang persara bagi tahun 2020, 2021 dan juga tahun 2022.
Majlis pada kali ini bertemakan Kebudayaan Etnik Malaysia. Hospital Selayang mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala pengorbanan , sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan selama ini. Selamat beristirahat bersama keluarga tersayang. Jasamu tetap dikenang.

persaraan2

persaraan3

persaraan1

persaraan7

persaraan4

persaraan6

Program Kesihatan Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi

Program Kerjasama antara Masjid Al-Hasanah dan Hospital Selayang terdiri dari PKWI , Komiti Resusitasi dan Komiti PJ/KJ.
Antara aktiviti yg dijalankan:
1. Pemeriksaan Kesihatan
(BMI , Ujian Gula Dalam Darah, Ujian Tekanan Darah dan Saringan minda sihat)- Komiti PJ/KJ
2. Ceramah Kesihatan - Dr Hamdi Pengerusi PKWI
3. Program CPR Komuniti - Komiti Resusitasi
4. Booth Derma Organ - Transplant Team
5. Jualan Amal
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada seluruh AJK yang terlibat serta pihak Masjid Al-Hasanah diatas kesudian menjayakan program bersama.

kesihatan bangi

kesihatan bangi3

kesihatan bangi4

kesihatan bangi8

kesihatan bangi10

LAWATAN AKADEMIK INSTITUT LATIHAN KKM SULTAN AZLAN SHAH KE JABATAN HAND & MICRO HOSPITAL SELAYANG

Jabatan Hand & Microsurgery (HMS)Hospital Selayang telah menerima Lawatan Akademik dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah pada 31 Oktober 2022.
Lawatan telah ini disertai oleh seramai 27 orang peserta dari Kursus Advanced Diploma Orthopedic Care (ADOC) dengan diiringi oleh 4 orang tenaga pengajar.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang perkhidmatan, fasiliti dan kaedah rawatan yang disediakan di Jabatan Hand & Microsurgeri Hospital Selayang sejajar dengan kurikulum pembelajaran peserta yang terlibat.
Peserta diberikan pendedahan berkaitan pembedahan, perawatan dan penjagaan serta melihat dengan lebih dekat dan terperinci alatan dan supplementari yang digunakan dalam pembedahan mikro.

lawatan akademik 072

lawatan akademik 08

lawatan akademik 09

lawatan akademik 04

lawatan akademik 06

lawatan akademik 02

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013