LAWATAN TAPAK PROJEK PARKIR MEKANIKAL HOSPITAL SELAYANG OLEH PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS
27 Disember 2022 - Sesi lawatan tapak projek pembinaan parkir mekanikal oleh YBrs. Dr. Ismuni Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis. Lawatan ini turut diiringi oleh Dr. Wan Ahmad Fazli Wan Kamis, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, En. Mohd Sharizan Ismail, Pen. Pengarah Kanan (Pengurusan), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Mohd Safiee Ismail, Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, dan Pn. Norhisham Hassan, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Hospital Tuanku Fauziah.
Lawatan ini telah disantuni oleh En. Mohd Azalizam bin Alias,Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Selayang. Dr. Mohd Syafiq Ismail bin Azman, Timbalan Pengarah (Perubatan III), Dr. Siti Zufina binti Abd. Samah, Timbalan Pengarah ( Perubatan IV) serta beberapa ketua unit yang lain termasuk Ketua Unit Pentadbiran, Ketua Unit Kejuruteraan, dan Ketua Unit Perhubungan Awam Hospital Selayang. Beberapa orang wakil dari syarikat Tago Sdn Bhd turut memberi penerangan ringkas tentang sistem pembayaran parkir tanpa tunai dan sistem parkir mekanikal kepada para pelawat.
Turut hadir bersama Pn. Jeevadarshini A/P Pilayanthran daripada Unit Pembangunan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, serta En. Aizat, Pembantu Tadbir Unit Pembangunan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Tujuan lawatan ini adalah untuk Pengarah Kesihatan Negeri Perlis meninjau pelaksanaan projek pembinaan parkir mekanikal bagi membantu mengurangkan masalah kekurangan parkir di institusi kesihatan di negeri Perlis.