Text Size
A+ A A-
Color Chooser
 default green blue contrast font_default red blue Language Other Language
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

LAWATAN TAPAK PROJEK PARKIR MEKANIKAL HOSPITAL SELAYANG OLEH PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

27 Disember 2022 - Sesi lawatan tapak projek pembinaan parkir mekanikal oleh YBrs. Dr. Ismuni Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis. Lawatan ini turut diiringi oleh Dr. Wan Ahmad Fazli Wan Kamis, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, En. Mohd Sharizan Ismail, Pen. Pengarah Kanan (Pengurusan), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Mohd Safiee Ismail, Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, dan Pn. Norhisham Hassan, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Hospital Tuanku Fauziah.
Lawatan ini telah disantuni oleh En. Mohd Azalizam bin Alias,Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Selayang. Dr. Mohd Syafiq Ismail bin Azman, Timbalan Pengarah (Perubatan III), Dr. Siti Zufina binti Abd. Samah, Timbalan Pengarah ( Perubatan IV) serta beberapa ketua unit yang lain termasuk Ketua Unit Pentadbiran, Ketua Unit Kejuruteraan, dan Ketua Unit Perhubungan Awam Hospital Selayang. Beberapa orang wakil dari syarikat Tago Sdn Bhd turut memberi penerangan ringkas tentang sistem pembayaran parkir tanpa tunai dan sistem parkir mekanikal kepada para pelawat.
Turut hadir bersama Pn. Jeevadarshini A/P Pilayanthran daripada Unit Pembangunan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, serta En. Aizat, Pembantu Tadbir Unit Pembangunan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Tujuan lawatan ini adalah untuk Pengarah Kesihatan Negeri Perlis meninjau pelaksanaan projek pembinaan parkir mekanikal bagi membantu mengurangkan masalah kekurangan parkir di institusi kesihatan di negeri Perlis.

parking2 1

parking2 2

parking2 3

parking2 4

Mesyuarat Pengurusan Forensik dan Mortuari Hospital Selayang Bersama Pengarah Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) dan Ketua-Ketua Balai Polis Daerah Gombak dan Sentul 2022

08 Dis 2022 : Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr. Afidah Binti Ali, Pengarah Hospial Selayang dan dihadiri secara atas talian oleh Dr. Mohamad Azaini Ibrahim, Pengarah Institut Perubatan Forensik Negara.Turut hadir bersama, Dr. Aida Binti Amir, Timbalan Pengarah (Perubatan) II, Dr. Mohd Syafiq Ismail Bin Azman, Timbalan Pengarah (Perubatan) III, Dr. Zairee Bin Omar, Ketua Unit Perubatan Forensik, dan barisan warga kerja Unit Forensik, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Psikiatri, Jabatan Pediatrik, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Patologi, Jabatan Pembedahan, Jabatan Orthopedik, Jabatan Tangan dan Mikrosurgeri, Unit Keselamatan dan Unit Perhubungan Awam Hospital Selayang.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk memperkasakan komunikasi antara jabatan dan unit di Hospital Selayang dengan pihak polis, memperkukuhkan kerjasama yang terjalin dan perbincangan isu berkaitan dengannya. Turut hadir adalah Ketua-ketua Polis IPD Gombak dan IPD Sentul serta ketua balai polis di bawah seliaan kawasan tersebut.

Mereka yang hadir adalah :
Insp. Mohd Norazlan B. Nordin,
Pegawai Penyiasat Trafik IPD Gombak,
Insp. Abdullah Hafiz b. Ibrahim,
Pegawai Pejabat Trafik IPD Hulu Selangor,
Insp Mohd Hafiz Wahab,
Ketua Polis Balai Selayang,
Insp Heirme bin Che Mad,
Ketua Polis Balai Gombak,
SI Nor Azmi Amin bin Abd Rahman,
Timb Ketua Polis Balai Jinjang,
SI Salimi b Mohd Sairy,
OCS Balai Desa Jaya,
SM Mohd Hasril bin Abu Hassan,
SM Operasi, Balai Polis Jinjang,
SM Muhamad Nasir bin Othman,
Timb Ketua Polis Balai Rawang,
1Sjn Zulkafli b Abd Manaf,
Ketua polis Balai Bt Arang,
dan
Sjn Kamilan, Balai Polis Jinjang.

Perbincangan yang diadakan memfokus kepada isu-isu dan perkara-perkara berkaitan pengurusan forensik dan mortuari di Hospital Selayang serta tindakan yang boleh dan perlu ditambahbaik bagi memastikan warga kerja berkaitan dapat memudahkan serta melancarkan perkhidmatan kesihatan kepada pelangan Hospital Selayang serta stakeholders yang terlibat. Pengurusan Tertinggi Hospital Selayang amat menghargai keprihatinan dan kesungguhan pihak Polis Diraja Malaysia dalam menjalinkan kerjasama dengan Hospital Selayang. Diharap usaha yang murni ini dapat diteruskan lagi demi kecemerlangan perkhidmatan hospital kepada komuniti setempat dan pihak- pihak yang memerlukan. Terima kasih diucapkan.

forensik1

forensik2

Simulasi Penculikan Bayi Bagi Tujuan Latihan Bencana Dalaman Peringkat Hospital Selayang

Satu simulasi Bencana Dalaman peringkat Hospital Selayang (penculikan bayi) telah dilaksanakan pada 8 Disember 2022 bermula pada pukul 12.40pm.
Simulasi ini diadakan bertujuan untuk meneliti dan menambahbaik prosedur-prosedur berkaitan terutamanya aspek keselamatan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya kejadian sebenar berlaku.
Semasa simulasi, pengaktifan kod kecemasan bagi penculikan bayi telah dibuat supaya pihak berkaitan melaksanakan tindakan yang sewajarnya diambil.
Simulasi selesai pada pukul 1.20pm dan pihak Hospital Selayang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas tindakan segera yang telah diambil.
Pihak Hospital Selayang juga mengucapkan terima kepada Puan Rosniza binti Ibrahim yang sudi membantu dalam menjayakan simulasi penculikan bayi ini.

culik1

LAWATAN TAPAK PROJEK PARKIR MEKANIKAL HOSPITAL SELAYANG OLEH PENGARAH KESIHATAN NEGERI SELANGOR

6 Disember 2022 - Sesi lawatan tapak projek pembinaan parkir mekanikal oleh YBhg. Dato' Indera Dr. Sha'ari Bin Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor. Lawatan ini turut diiringi oleh En. Wong Kim Han@Robert, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang.
Tujuan lawatan ini adalah untuk Pengarah Kesihatan Negeri Selangor meninjau kemajuan pelaksanaan projek pembinaan parkir mekanikal bagi membantu mengurangkan masalah kekurangan parkir di Hospital Selayang
 
parking01
 
parking02
 

parking08

parking05

parking09

 
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013