SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) TAHUN 2022 PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG
KEPONG, 15 OKTOBER 2022, SABTU - YM Dr Tengku Intan Norleen, Timbalan Pengarah (Perubatan) I, hari ini telah menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Tahun 2022 Peringkat Hospital Selayang yang diadakan di Taman Botani Kepong. Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Dr. Nik Nor Aniza, Timbalan Pengarah (Perubatan) ll, Dan Dr. Syafiq, Timbalan Pengarah (Perubatan) lll.
Setinggi - tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada penganjur, En. Mohd Azalizam, Timbalan Pengarah (Pengurusan) serta AJK yang terlibat secara langsung bagi memastikan sambutan HSN ini berjalan dengan lancar.Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh wargakerja Hospital Selayang diatas kesudian menyertai dan memeriahkan sambutan HSN kali ini.