LAWATAN AKADEMIK INSTITUT LATIHAN KKM SULTAN AZLAN SHAH KE JABATAN HAND & MICRO HOSPITAL SELAYANG
Jabatan Hand & Microsurgery (HMS)Hospital Selayang telah menerima Lawatan Akademik dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah pada 31 Oktober 2022.
Lawatan telah ini disertai oleh seramai 27 orang peserta dari Kursus Advanced Diploma Orthopedic Care (ADOC) dengan diiringi oleh 4 orang tenaga pengajar.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang perkhidmatan, fasiliti dan kaedah rawatan yang disediakan di Jabatan Hand & Microsurgeri Hospital Selayang sejajar dengan kurikulum pembelajaran peserta yang terlibat.
Peserta diberikan pendedahan berkaitan pembedahan, perawatan dan penjagaan serta melihat dengan lebih dekat dan terperinci alatan dan supplementari yang digunakan dalam pembedahan mikro.