Satu Latihan Kebakaran (Fire Drill) telah diadakan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang pada 12 Oktober 2022 yang lepas.
Latihan ini diadakan bagi memastikan setiap warga kerja Hospital Selayang sentiasa bersedia dalam sebarang kejadian kebakaran di dalam bangunan hospital, mengikut SOP yang telah ditetapkan serta tindakan yang perlu diambil dalam memastikan keselamatan warga kerja hospital dan pesakit.
Latihan ini melibatkan lebih 100 orang warga kerja Hospital Selayang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Zaidi Ahtan, Ketua Balai Bomba Bandar Baru Selayang serta pasukan diatas kerjasama dalam menjayakan latihan kebakaran ini.
Semoga kerjasama pihak Balai Bomba Bandar Baru Selayang dan Hospital Selayang dapat diteruskan di masa akan datang.






07/10/2022 (Jumaat), 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Sebagai simbolik sambutan Hari Sukan Negara, telah berlangsung aktiviti Senamrobik, Sukaneka dan Permainan Dalaman bagi pesakit di wad 8A, 8B dan 8C, Hospital Selayang.
Seramai 8 orang murid di kalangan pesakit yang boleh bergerak telah menyertai sesi pembelajaran di kelas menerusi aktiviti kesukanan ringan.
Manakala, seramai 16 orang murid di wad menyertai sesi pembelajaran di katil yang mana permainan dalaman dilaksanakan pada waktu tersebut.
Terima kasih kepada barisan guru Sekolah Dalam Hospital, Hospital Selayang atas penganjuran aktiviti kesukanan ini.
Semoga pembelajaran menerusi aktiviti senamrobik, sukaneka dan permainan dalaman ini sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada adik-adik yang sedang menjalani rawatan di dalam wad di Hospital Selayang.
Hospital Selayang Aktif!



