Sambutan Hari Arthritis Sedunia Peringkat Hospital Selayang
Tahniah & syabas diucapkan kepada Jabatan Perubatan Am diatas diatas sesi bersama pesakit bersempena Hari Arthritis Sedunia Peringkat Hospital Selayang
Tahniah & syabas diucapkan kepada Jabatan Perubatan Am diatas diatas sesi bersama pesakit bersempena Hari Arthritis Sedunia Peringkat Hospital Selayang
Tarikh: 7 Oktober 2022
Lokasi: D'Intan Ballroom Selayang Capitol
Sekalung ucapan tahniah & syabas diucapkan kpd AJK Komiti PJKJ 2021/2022 Hospital Selayang yang telah menjayakan Malam Sanjungan Kasih Pahlawan Srikandi 2022 bagi meraikan semua jururawat yang tabah berjuang menghadapi pelbagai cabaran & menghargai yg berpindah keluar serta yg telah bersara.
Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan satu lawatan kerja ke Hospital Selayang pada 6 Oktober 2022.
Lawatan ini telah disantuni oleh Dr. Tengku Intan Norleen Binti Tengku Sharif, Timbalan Pengarah (Perubatan) I; Dr. Mohd Syafiq Ismail Bin Azman, Timbalan Pengarah (Perubatan) III; En. Mohd Azalizam Bin Alias, Timbalan Pengarah (Pengurusan); En. Abdul Aziz Bin Saad, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan beberapa wakil jabatan di Hospital Selayang.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk pihak BPP mengadakan sesi libat urus bersama wargakerja Hospital Selayang serta melihat pelaksanaan Hospital Information System (HIS) dan perbincangan isu berkaitan dengannya.
Turut hadir bersama beliau adalah pegawai BPP yang terdiri daripada Dr. Mohd Ridzwan bin Shahari, Ketua Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital; Dr. Mohamad Anas Putra bin Mohamed Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital serta Dr. Basyir bin Kamaruzaman, Ketua Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital.
Perbincangan yang diadakan memfokus kepada isu-isu dan perkara-perkara berkaitan HIS yang digunakan di Hospital Selayang serta tindakan yang boleh dan perlu diambil bagi memastikan HIS di Hospital Selayang dapat membantu warga kerja khususnya dalam bidang klinikal untuk memudahkan serta melancarkan proses kerja yang dilaksanakan, sekaligus mampu memberikan perkhidmatan yang lancar kepada stakeholders yang terlibat.
Sesi lawatan kerja dan perbincangan ini telah berlangsung selama 2 jam dan berakhir pada jam 4.45 petang. Pengurusan Tertinggi Hospital Selayang amat menghargai keprihatinan dan kesungguhan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membantu menambah baik perkhidmatan di Hospital Selayang. Diharap usaha yang murni ini dapat diteruskan lagi demi kecemerlangan perkhidmatan hospital kepada komuniti setempat dan pihak- pihak yang memerlukan.
Terima kasih diucapkan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Muhammad Hazim bin Sharum, Pegawai Perubatan dari Jabatan Oftalmologi, Hospital Selayang di atas kejayaan menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) Peringkat Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berlangsung di Hotel Grand Riverview, Kelantan pada 2-4 Oktober 2022 yang lalu.
Bertajuk "Kesihatan Mental: Peranan Roh & Ibadah"
Tarikh: 30 September 2022
Timbalan Pengarah Perubatan I, Dr. Tengku Intan Norleen mengucapkan ribuan terima kasih kepada Imam Muda Asyraf dan seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat dalam usaha menjayakan program wacana minda ini.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib |
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini. |
![]() ![]() ![]() ![]() |
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013 |