Text Size
A+ A A-
Color Chooser
 default green blue contrast font_default red blue Language Other Language
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2021- PERINGKAT HOSPITAL SELAYANG

SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2021

Sambutan Hari AIDS Sedunia 2021 peringkat Hospital yang berlangsung di perkarangan Lobi Utama, Hospital Selayang.

Majlis dirasmikan oleh Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang.

Hari AIDS Sedunia merupakan peringatan secara rutin tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran global epidemi dari AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) dan penyebaran HIV (Human Immunodeficiency Virus).

Sambutan Hari AIDS disambut meriah pada 1 Disember di seluruh dunia.

Tema Hari AIDS Sedunia 2021 adalah "End inequalities. End AIDS. End Pendemic"

 

aids day 02

aids day 05

 

PEMBEDAHAN PEMINDAHAN BUAH PINGGANG SERENTAK

PEMBEDAHAN PEMINDAHAN BUAH PINGGANG SERENTAK - 2 PASUKAN 2 BUAH PINGGANG 2 INDIVIDU

Seramai 24 kakitangan Hospital Selayang telah menggembleng tenaga selama lima jam bagi menjayakan pembedahan pemindahan buah pinggang ini.

Sepanjang bulan Oktober, tiga pembedahan serentak seperti ini terhadap enam individu telah dijalankan iaitu pada 12, 17, dan 25 Oktober 2021.

Syabas kepada pasukan Anaestatik, Pembedahan, Paramedik dan semua yang telah menjayakannya!

Maklumat lanjut tentang prosedur pendermaan organ sila rujuk : https://www.facebook.com/341665396516323/posts/836759257006932/

buangpinggang1

buahpinggang2

buahpinggang3

 

International Day of Radiology Peringkat Negeri Selangor

 

Majlis Sambutan International Day of Radiology Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Radiologi Hospital Selayang telah diadakan pada 8 November 2021.

Tema sambutan pada tahun ini ialah “Interventional Radiology Active Care for the Patient”.

Majlis telah dirasmikan oleh Dr Tengku Intan Norleen Binti Tengku Sharif, Timbalan Pengarah Perubatan I dan turut dihadiri secara maya oleh Dr Sharifah @ Mastura Binti Syed Abu Bakar, Ketua Jabatan Radiologi Hospital Serdang merangkap Ketua Perkhidmatan Radiologi Negeri Selangor, pegawai-pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Radiologi sekitar Negeri Selangor dan sekitar Lembah Klang.

Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang nilai dan sumbangan radiologi kepada rawatan pesakit dan meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai peranan penting yang dimainkan oleh anggota kesihatan radiologi dalam kesinambungan penjagaan pesakit. Selain itu sambutan ini juga sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja di Jabatan Radiologi

#IDoR2021 #internationalradiologyday #hospitalselayang #malaysiaMoH

radiologyday01

 

radiologyday02

Majlis Serahan Field Hybrid ICU (FHyICU)

Majlis Serahan Field Hybrid ICU (FHyICU)

FHyICU ini telah di serahkan kepada Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang oleh En. Yahya bin Saad, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia.

FHyICU ini diharap dapat meningkatkan kapasiti infrastruktur institusi kesihatan di Hospital Selayang dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada semua.

FHyICU

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013