Apa itu Sekolah Dalam Hospital (SDH)?
SDH adalah program jaringan kerjasama agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam aspek pembelajaran bagi memenuhi prinsip pendidikan untuk semua.
Dilancarkan pada 26 Julai 2011 oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Mohd Yassin.
- Murid SDH akan mengikuti pembelajaran di wad atau kelas.
- Murid yang diajar merangkumi prasekolah, Sekolah rendah dan menengah.
- Terdapat 2 sesi pembelajaran
1) 10.00 pagi– 12.00 tgh
2) 2.00 ptg- 4.00 ptg
- Fokus utama adalah pengajaran subjek teras iaitu Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Matematik dan Sains
- Takwim sesi persekolahan mengikut sesi sekolah harian biasa.
- Untuk keterangan lanjut, sila hubungi jururawat bertugas atau berurusan terus ke Sekolah Dalam Hospital, Tingkat 8 (Wad 8A),Jab. Pediatrik,Hospital Selayang.
Program Transisi
Program Transisi SDH merupakan satu aktiviti permulaan iaitu suai kenal SDH SELAYANG khusus untuk murid-murid yang mendapat rawatan di wad hospital ini. Program ini juga diadakan untuk memperkenalkan kewujudan sekolah dalam hospital kepada pesakit bagi memastikan pendidikan dapat diakses oleh semua kanak-kanak tanpa batasan dan keadaan.