Notis Penutupan Klinik Perubatan Am ( Medical Clinic ) Hospital Selayang
Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan/ puan, Klinik Perubatan Am ( Medical Clinic) Hospital Selayang akan ditangguhkan operasi buat sementara waktu sehingga arahan selanjutnya dan temujanji akan disusun kembali untuk tarikh yang akan diberitahu kelak. Hal ini disebabkan oleh kakitangan di Jabatan Perubatan Am telah ditugaskan untuk mengendalikan kes Pandemik Covid-19.
3. Pihak tuan/puan akan dihubungi secara berperingkat untuk sebarang pemakluman urusan temujanji. Untuk bekalan ubat-ubatan boleh dibuat menggunakan perkhidmatan Poslaju (kos penghantaran sebanyak RM5.30) atau melalui Farmasi Pandu Lalu Hospital Selayang (Drivethru). Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, Klinik Perubatan Am boleh dihubungi di ketetapan berikut :
• Kaunter Klinik Perubatan Am
Waktu Operasi : Isnin- Jumaat ( 8.30 pagi – 4.00 petang )
• Talian Telefon : 03-61263333 samb. 3301
• Emel : klinikmedikal [AT] selayanghospital [DOT] gov [DOT] my
3. Sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan/puan amatlah dikesali. Kerjasama
pihak tuan/puan dalam perkara ini sangatlah kami hargai dengan ucapan terima kasih.
“ PRIHATIN RAKYAT:DARURAT MEMERANGI COVID-19 ”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”