Maklumat semasa pandemik COVID
Maklumat Jenis VAS & Pendaftaran
Panduan Pembekalan Ubat
Maklumat Jenis VAS & Pendaftaran
Panduan Pembekalan Ubat
Jangan bahayakan nyawa kerana Ivermectin.
Dua orang dilaporkan mengalami keracunan akibat mengambil ubat antiparasit Ivermectin tanpa saranan dan kawalan pihak hospital.
Pusat Racun Negara mendedahkan:
Kes pertama - Individu 35 tahun mengalami sesak nafas berpanjangan selama 5 hari selepas mengambil sebiji pil Ivermectin.
Kes kedua - warga emas tidak sedarkan diri selepas mengambil 15 pil Ivermectin sekaligus.
Dua kes ini yang hanya dilaporkan kepada Pusat Racun Negara tetapi sudah cukup untuk dijadikan pengajaran betapa bahayanya mengambil Ivermectin secara sembrono.
Belum ada antidot atau rawatan khusus untuk pesakit yang mengalami keracunan akibat Ivermectin.
Tiada ubat yang boleh mencegah atau merawat COVID-19 termasuklah Ivermectin. Hanya vaksin yang terbukti boleh mencegah COVID-19 setakat ini.
Orang ramai dinasihatkan tidak membahayakan nyawa diri sendiri dengan mengambil Ivermectin yang digunakan untuk haiwan seperti kuda dan anjing, secara sesuka hati.
Di Malaysia, tiada ubat Ivermectin yang diluluskan untuk kegunaan manusia.
Ya, memang betul ada kajian berkaitan keberkesanan Ivermectin yang telah dijalankan sebelum ini iaitu:
Pendek kata, tiada bukti klinikal yang nenunjukkan Ivermertin boleh mencegah atau merawat COVID-19. Patuhilah nasihat doktor dan ahli farmasi yang bertauliah.
Panduan Rehabilitasi Selepas Covid-19
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib |
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini. |
![]() ![]() ![]() ![]() |
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013 |