Unit Kawalan Infeksi mula beroperasi pada tahun 1999 yang bernaung di bawah Pengarah Hospital Selayang berlokasi di aras 4 Jabatan Patologi Hospital Selayang. Unit Kawalan Infeksi dipengerusikan oleh Dr Laila Kamaliah Kamalul Bahrin (Pakar Anaesthesiology) dan penasihat adalah pengarah hospital. Unit Kawalan Infeksi dan ahli jawatankuasa dilantik terdiri daripada Pakar-Pakar Jabatan dan Unit (pakar Pembedahan, Perubatan, Neonate, Patologi, Farmasi, Dewan Bedah, kejuruteraan, pihak Radicare, Unit Kesihatan Awam dan Unit Kawalan Infeksi. Semua penglibatan aktiviti kualiti dibantu oleh Link Nurse yang telah dilantik di setiap wad/unit untuk membantu dalam kawalan infeksi.
Visi
Visi Hospital Selayang dijadikan sasaran perkhidmatan iaitu
Menjadi sebuah hospital terbilang di peringkat antarabangsa yang memberi perkhidmatan perawatan perubatan yang profesional, berkualiti dan mesra pelanggan berlandaskan Teknologi Maklumat.
Misi
Unit Kawalan Infeksi menggunapakai misi Hospital Selayang dalam memberi perkhidmatan.
- Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, selamat, efisyen, efektif dengan mengutamakan pelanggan.
- Berkerjasama dengan masyarakat untuk mempromosi penjagaan kesihatan.
- Komited untuk membangunkan tenaga kerja yang beretika, cekap dan berdisiplin.
- Membentuk organisasi yang berteraskan ilmu pengetahuan, inovatif, telus
Objektif
Bertanggung jawab didalam mencegah jangkitan nosokomial dan penyakit berjangkit dikalangan:
- Pesakit kepada pesakit
- Pesakit kepada kakitangan hospital
- Kakitangan kepada pesakit/pelawat
- Persekitaran / tempat kerja yang selamat