Jabatan ini memberi rawatan kesihatan mulut dan pergigian yang komprehensif kepada semua kes kes yang di rujuk sebagai pesakit luar dan pesakit dalam :
3.1 Rawatan pergigian terhadap kanak kanak yang mempunyai masalah perubatan terutamanya di Selayang adalah seperti pesakit hepato biliary, pesakit transplant, pesakit Rhematology dan pesakit pesakit kronik yang lain
3.2 Rawatan pergigian untuk kanak kanak istimewa seperti golongan kanak kanak dengan kecacatan fizikal, mental dan pembelajaran yang tidak dapat di rawat di klinik pergigian primer
3.3 Rawatan pergigian untuk masalah pergigian yang spesifik seperti amolegenesis dan dentinogenesis imperfecta, hypodontia, supernumerary dan sebagainya
3.4 Rawatan oro fasial akibat trauma yang melibatkan kecederaan tisu lembut, kegigian, rahang yang memerlukan penjagaan jangka masa pendek dan panjang.
3.5 Rawatan pembedahan dento alveolar seperti pembedahan gigi terimpak, gigi supernumerary dan biopsi serta pembuangan lesi untuk pathologi mulut
3.6 Rawatan orthodontik interseptif untuk kanak kanak sehingga mereka boleh menjalani rawatan orthodontik
3.7 Menyediakan latihan untuk personel personel tertentu yang memerlukan ‘attachment’ di hospital
2.1 Visi
Membantu anggota masyarakat mencapai dan mengekalkan kesihatan yang optimum
2.2 Misi
Memberi perkhidmatan yang mesra, penyayang dan komprehensif yang sesuai, berinovatif, berkesan dan kos efektif
2.3 Objektif
2.3.1 Menerima dan merawat rujukan kes kes pergigian pediatrik untuk rawatan sekunder di hospital
2.3.2 Mengendalikan kes kes oral- maksilofacial dan anomaly kegigian bersama Pakar pakar Orthodontik dan Pakar Bedah Maxilofasial
2.3.3 Menjadi pusat latihan untuk anggota pergigian yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian
2.3.4 Menjalankan kajian sebagai sumbangan untuk meningkatkan pengetahuan dalam sesuatu bidang pergigian dan perubatan.