Text Size
A+ A A-
Color Chooser
 default green blue contrast font_default red blue Language Other Language
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Penyelidikan kebangsaan bersempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2021

Salam sejahtera,

Khas kepada perokok dewasa di Malaysia
Berumur 18 tahun dan ke atas
Warganegara Malaysia
Sudi untuk meluangkan masa

Dengan rasa rendah diri kami ingin menjemput tuan/puan untuk menyertai penyelidikan kebangsaan yang bertajuk *Kesediaan Berhenti Merokok Perokok Dalam Kalangan Perokok Dewasa di Malaysia*.
Pandemik Covid-19 diyakini memberi kesan kepada golongan perokok. Oleh yang demikian penglibatan tuan/puan di dalam penyelidikan ini amat bermakna dalam membantu kami untuk memahami situasi yang sedang dialami oleh golongan perokok di Malaysia

Jika tuan/puan berminat untuk menyertai penyelidikan ini, sila klik pada link yang telah disediakan di bawah:

Untuk *Bahasa Malaysia* anda boleh klik link disini : https://forms.gle/Nq2c8ASK3PfARhF8A
Untuk *Bahasa Inggeris* anda boleh klik link disini : https://forms.gle/Y4eCTr9gaqxzLXVA6

Penyelidikan ini juga dijalankan bersempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2021 bertemakan _Commit to Quit_ atau *Berkomitmen untuk Berhenti*

Kesudian dan kerjasama tuan/puan untuk terlibat di dalam penyelidikan ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih,

Kerjasama antara penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah dengan Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

KONTENA KHAS TEMPAT PENYIMPANAN JENAZAH/MAYAT

Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang telah menerima kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana wabak Covid-19. Fasiliti seumpama ini adalah yang kedua selepas penempatan kontena penyimpanan jenazah/mayat di Jabatan Perubatan Forensik Sungai Buloh. Kontena ini mampu memuatkan sebanyak 20 jenazah/mayat pada satu-satu masa sebagai tambahan kepada peti simpanan mayat yg sedia ada. Dengan penerimaan kontena khas ini diharap dapat membantu Hospital Selayang bagi menghadapi masalah kekurangan peti simpanan jenazah/mayat berikutan kes wabak Covid-19 yg meningkat sejak akhir-akhir ini.

kontena khas

BASIC LIFE SUPPORT & ADVANCE LIFE SUPPORT

Satu kursus Basic Life Support dan Advance Life Support telah diberikan kepada kumpulan 16 orang Houseman Hospital Selayang yang baru melaporkan diri baru-baru ini.

BLS ini diberikan kepada mangsa lemas, renjatan, serangan jantung, atau tercekik. Pada asasnya, BLS memberi bantuan pemulihan kardiorespiratori dengan tekanan dada & pernafasan sementara bantuan ambulan sampai untuk perawatan seterusnya. Kursus ini berjaya atas sokong dari PUSPANITA CAWANGAN KECIL HOSPITAL SELAYANG, PASCA HSEL, KELAB SUKAN DAN REKREASI HSEL yang telah menyumbang sebanyak RM 49,000 untuk pembelian manikin ALS yang boleh diaturcara secara maya.

Timbalan Pengarah Perubatan I, Dr. Tengku Intan Norleen merupakan salah satu instructor untuk BLS & ALS bersama- sama barisan instructor yang lain terdiri dari pada Dr Khatijah, Dr. Suhaimi, Dr. Salwa, En Azero, Dr. Azim, Dr. Fairuz, KJ Azean dan PPP Khairi. Dr. Tengku turut mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yg menyokong usaha murni JK Resusitasi HSEL.

 

MAJLIS SERAHAN DANA HOSPITAL MESRA IBADAH DAN PELANCARAN BAKUL QASEH RAMADHAN

16 JANUARI 2021 (JUMAAT), 3.50 PM
AUDITORIUM HOSPITAL SELAYANG
Dihadiri oleh :
1. Yang Berbahagia, Dato’ Indera Dr. Shaari Bin Ngadiman Pengarah Kesihatan Negeri Selangor
2. Yang Berusaha, Dr. Faizal Bin Mat Ariffin Penolong Pengarah Kesihatan Negeri Selangor
3. Yang Mulia , Dato’ Dr. Tunku Muzafar Syah Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perubatan Lembaga Zakat Selangor
4. Yang Berusaha, Encik Abdul Basit Hamid Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor
5. Yang Berusaha, Pengarah-Pengarah Hospital Negeri Selangor

Penerima Sumbangan Geran Pusat Jagaan Rumah Orang Tua
1.Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia
2.Pusat Jagaan Nurhasanah
3.Pusat Jagaan Al Fikrah
4.Pusat Jagaan Siti Nor Aini
3.Pusat Jagaan Penyayang Hani

Penerima Sumbangan Hospital Mesra Ibadah (HMI)
1. Hosp Selayang
2. Hosp Sg. Buluh
3. Hosp. Serdang
4. Hosp Ampang
5. Hosp Shah Alam
6. Hosp Tunku Ampuan Rahimah Klang

Sebanyak 1000 Bakul Qaseh turut di edarkan kepada barisan frontliner dan waris di dalam Hospital Selayang.
Pihak Hospital Selayang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor atas sumbangan dan kerjasama baik dalam menjayakan majlis ini.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013