Sambutan World Health Day & Nutrition Month peringkat Hospital Selayang
Sambutan World Health Day & Nutrition Month peringkat Hospital Selayang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah 1, Dr Tengku Intan Norleen pada 28 Mei 2022, jam 8 pagi di Kompleks Sukan Hospital Selayang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada penganjur, Jabatan Dietetik & Sajian dan Unit Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Persatuan Pasca Siswazah, Kelab Sukan & Rekreasi, Unit Keselamatan, Unit Pentadbiran, Unit Kewangan, Jabatan Fisioterapi, Unit Pemandu dan Radicare.
Terima kasih juga kepada semua peserta, urusetia, juri dan Timbalan-timbalan Pengarah yang telah menjayakan program ini.