Peperiksaan "Membership of the Royal Colleges of Physicians of the United kingdom (MRCP UK)" buat kali ke-18 di Hospital Selayang telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Mei 2022.
Peperiksaan ini merupakan peperiksaan bertaraf antarabangsa yang dijalankan setahun sekali semenjak tahun 2002 kecuali pada tahun 2020 dan 2021 disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Peperiksaan ini merupakan peperiksaan bagi Pegawai Perubatan untuk diiktiraf sebagai seorang Pakar Perubatan dalaman setelah menjalani latihan perubatan secara menyeluruh Hospital Selayang.
Pada kebiasaannya, peperiksaan in akan melibatkan pemeriksa daripada United Kingdom dan juga Malaysia.
Walau bagaimanapun, pada kali in pemeriksa luar negara tidak dapat hadir disebabkan oleh situasi COVID-19 yang belum reda sepenuhnya.
Pihak Hospital juga ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pesakit yang telah meluangkan masa serta kakitangan Jabatan Perubatan Hospital Selayang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan peperiksaan ini.
#selayangresilient
#selayangcenterofexcellence
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor


TAHNIAH HOSPITAL SELAYANG!
Program ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) yang bermula sejak tahun 2010 adalah suatu inisiatif di bawah ASEAN Centre for Energy (ACE) dalam usaha menggalakkan pengurusan tenaga dengan cekap di peringkat ASEAN.
Program ini terbahagi kepada dua sub-program iaitu Energy Manager Training Course (EMTC) dan Energy Management Gold Standard (EMGS).
Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) telah dilantik sebagai agensi pelaksana dan 'focal point' program AEMAS bagi Malaysia bermula 1 Februari 2014 sehingga kini.
Dalam hal ini, Hospital Selayang telah berjaya mendapat penganugerahan Sijil Energy Management Gold Standard (EMGS) sebanyak 2 Star setelah melalui proses penilaian dan disahkan memenuhi kriteria EMGS bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari (SPTL).
Majlis Penganugerahan Sijil Energy Management Gold Standard (EMGS) untuk organisasi-organisasi yang berjaya mendapat pensijilan tersebut sejak tahun 2019 telah diadakan di EQ Hotel pada 17 Mei 2022.
Sekali lagi, syabas dan tahniah diucapkan kepada Hospital Selayang atas pencapaian yang membanggakan ini.

