MAKLUMAN - PENANGGUHAN CAJ PARKIR BERBAYAR & PERUBAHAN ALIRAN TRAFIK LALUAN UTAMA HOSPITAL SELAYANG
Untuk makluman pihak tuan/puan, caj bayaran parkir Hospital Selayang akan ditangguhkan sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
Selain itu, bagi melancarkan aliran trafik pada waktu puncak, terdapat beberapa perubahan akan dilaksanakan seperti berikut:
a) Perubahan Lokasi
Palang di Lokasi A akan diubah ke Lokasi B (bersebelahan Cafe) bagi melancarkan aliran trafik di waktu puncak
b) Perubahan Aliran Trafik Di Laluan Utama
Aliran trafik di laluan utama akan diubah dan terbahagi seperti di lampiran.
Kesulitan yang dihadapi tuan/puan amatlah dikesali
*sebarang perubahan akan dimaklum dari semasa ke semasa