Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

fpp rawatan harian

PERKHIDMATAN RAWATAN HARIAN

Skim perkhidmatan ini menawarkan kemudahan seperti berikut:

Kelebihan untuk memlilih pakar
Laluan giliran khas untuk mendapat rawatan
Menikmati beberapa keistimewaan sebagai pesakit dalam

 

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan konsultasi
Perkhidmatan hospitaliti
Perkhidmatan penyiasatan
Perkhidmatan prosedur dan pembedahan
Perkhidmatan terapi

 

CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN

Pesakit boleh mendapatkan rujukan dari mana-mana pengawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta atau boleh juga hadir sendiri untuk mendapatkan rawatan di bawah Skim PPBP. Seterusnya perlu mendapat temujanji doctor pakar yang berkaitan.

Pakar akan memaklumkan kepada pesakit jika prosedur perlu dilakukan di Kompleks Rawatan Harian.

CAJ RAWATAN HARIAN

Butiran Kadar

Caj pendaftaran masuk

10.00

Katil jagaan rawatan harian (sehari)

70.00

 

Anda juga akan dikenakan bayaran mengikut kadar yang ditetapkan bagi perkara berikut :

Ujian Makmal/Radiologi/Caj Ubat/Caj Prosedur/Pembedahan

 

PESAKIT RAWATAN HARIAN

Jika anda memilih Skim Perkhidmatan PPBP untuk menjalani prosedur di Kompleks Rawatan Harian, sila ambil perhatian perkara-perkara berikut :-
Dapatkan tarikh temujanji
Pesakit perlu hadir pada hari temujanji
Pesakit perlu menghubungi anggota petugas jika ingin menukar tarikh temujanji ditalian 03-61203233 samb. 2177/2201
Perkhidmatan diberi mengikut waktu pejabat dari jam 8.00 pg. hingga 5.00 ptg. Isnin – Jumaat
Bayaran untuk caj pendahuluan prosedur perlu dijelaskan semasa pendaftaran
Skim ini perlu diteruskan sehingga rawatan diselesaikan dan pembayaran telah dijelaskan.

 

LOKASI KOMPLEKS RAWATAN HARIAN

Kompleks Rawatan Harian terletak di Aras 2 bersebelahan dengan Jabatan Kecemasan. Pesakit perlu masuk melalui pintu Utama Kompleks Rawatan Harian.

 

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah ini :

Tunai
Kad Kredit
Bank Deraf
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013