Penganugerahan Sijil Energy Management Gold Standard (EMGS) - 2 STAR untuk Hospital Selayang
TAHNIAH HOSPITAL SELAYANG!
Program ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) yang bermula sejak tahun 2010 adalah suatu inisiatif di bawah ASEAN Centre for Energy (ACE) dalam usaha menggalakkan pengurusan tenaga dengan cekap di peringkat ASEAN.
Program ini terbahagi kepada dua sub-program iaitu Energy Manager Training Course (EMTC) dan Energy Management Gold Standard (EMGS).
Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) telah dilantik sebagai agensi pelaksana dan 'focal point' program AEMAS bagi Malaysia bermula 1 Februari 2014 sehingga kini.
Dalam hal ini, Hospital Selayang telah berjaya mendapat penganugerahan Sijil Energy Management Gold Standard (EMGS) sebanyak 2 Star setelah melalui proses penilaian dan disahkan memenuhi kriteria EMGS bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari (SPTL).
Majlis Penganugerahan Sijil Energy Management Gold Standard (EMGS) untuk organisasi-organisasi yang berjaya mendapat pensijilan tersebut sejak tahun 2019 telah diadakan di EQ Hotel pada 17 Mei 2022.
Sekali lagi, syabas dan tahniah diucapkan kepada Hospital Selayang atas pencapaian yang membanggakan ini.