Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

  • Utama
  • Buletin
  • LAWATAN KERJA PENGARAH BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN KE HOSPITAL SELAYANG

LAWATAN KERJA PENGARAH BAHAGIAN PERKEMBANGAN PERUBATAN KE HOSPITAL SELAYANG


Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan satu lawatan kerja ke Hospital Selayang pada 6 Oktober 2022. 

Lawatan ini telah disantuni oleh Dr. Tengku Intan Norleen Binti Tengku Sharif, Timbalan Pengarah (Perubatan) I; Dr. Mohd Syafiq Ismail Bin Azman, Timbalan Pengarah (Perubatan) III; En. Mohd Azalizam Bin Alias, Timbalan Pengarah (Pengurusan); En. Abdul Aziz Bin Saad, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan beberapa wakil jabatan di Hospital Selayang.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk pihak BPP mengadakan sesi libat urus bersama wargakerja Hospital Selayang serta melihat pelaksanaan Hospital Information System (HIS) dan perbincangan isu berkaitan dengannya.

Turut hadir bersama beliau adalah pegawai BPP yang terdiri daripada Dr. Mohd Ridzwan bin Shahari, Ketua Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital; Dr. Mohamad Anas Putra bin Mohamed Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital serta Dr. Basyir bin Kamaruzaman, Ketua Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan Pengurusan Hospital. 

Perbincangan yang diadakan memfokus kepada isu-isu dan perkara-perkara berkaitan HIS yang digunakan di Hospital Selayang serta tindakan yang boleh dan perlu diambil bagi memastikan HIS di Hospital Selayang dapat membantu warga kerja khususnya dalam bidang klinikal untuk memudahkan serta melancarkan proses kerja yang dilaksanakan, sekaligus mampu memberikan perkhidmatan yang lancar kepada stakeholders yang terlibat.

Sesi lawatan kerja dan perbincangan ini telah berlangsung selama 2 jam dan berakhir pada jam 4.45 petang. Pengurusan Tertinggi Hospital Selayang amat menghargai keprihatinan dan kesungguhan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membantu menambah baik perkhidmatan di Hospital Selayang. Diharap usaha yang murni ini dapat diteruskan lagi demi kecemerlangan perkhidmatan hospital kepada komuniti setempat dan pihak- pihak yang memerlukan.

Terima kasih diucapkan.

perkembangan1

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013