LAWATAN TAPAK PROJEK PARKIR MEKANIKAL HOSPITAL SELAYANG OLEH PENGARAH KESIHATAN NEGERI SELANGOR
6 Disember 2022 - Sesi lawatan tapak projek pembinaan parkir mekanikal oleh YBhg. Dato' Indera Dr. Sha'ari Bin Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor. Lawatan ini turut diiringi oleh En. Wong Kim Han@Robert, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) dan Dr. Afidah binti Ali, Pengarah Hospital Selayang.
Tujuan lawatan ini adalah untuk Pengarah Kesihatan Negeri Selangor meninjau kemajuan pelaksanaan projek pembinaan parkir mekanikal bagi membantu mengurangkan masalah kekurangan parkir di Hospital Selayang

