LAWATAN BAGI BENGKEL LATIHAN PANEL PENILAI AKREDITASI PROGRAM KEPAKARAN PERUBATAN, MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MPM) KE HOSPITAL SELAYANG
05 Sept 2022 - Seramai 8 orang ahli MPM yang diketuai Dr Muhammad Fauzi Abdul Rani telah hadir dalam lawatan ke Hospital Selayang.
Selain menjalankan tugasan melihat Area 5 : facility, education resources, research & development yang disediakan Hospital Selayang bagi pelajar Fakulti Perubatan UITM, satu sesi perbincangan ringkas turut diadakan.
Turut hadir dalam sesi perbincangan ini, Dr. Yu Kik Kin, Ketua Jabatan O&G, Dr Joy Peripooranam Poore, Pakar Perubatan O&G dan Dr Loh Wai Loong, Pakar Perubatan Pediatrik yang telah memberi penerangan berkenaan fasiliti dan perkhidmatan latihan yang terdapat di Hospital Selayang.