Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Ogos 2022 Hospital Selayang

19 Ogos 2022 : Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan yang disempurnakan oleh Yang Mulia, Dr. Tengku Intan Norleen, Timbalan Pengarah (Perubatan) 1, Hospital Selayang.
Tema: Sambutan Bulan Kemerdekaan
Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan perhimpunan ini

perhimpunan ogos1

perhimpunan ogos4

perhimpunan ogos8

perhimpunan ogos11

perhimpunan ogos12

perhimpunan ogos14

perhimpunan ogos19

 

Sumbangan buku Book Effect kepada Sekolah Dalam Hospital di Hospital Selayang

12 Ogos 2022 :
Sumbangan buku Book Effect daripada NGO Friends of Mankind dengan kerjasama Sunway Group kepada Sekolah Dalam Hospital di Hospital Selayang.
Di seluruh negara, terdapat sebanyak 15 hospital mempunyai Sekolah Dalam Hospital. Salah satu daripadanya terdapat di Hospital Selayang.
Pembelajaran di Sekolah Dalam Hospital ini berorientasikan didik hibur dan fleksibel dalam suasana persekitaran yang kondusif.
Pendekatan ini secara tidak langsung merupakan satu terapi yang dapat membantu proses penyembuhan murid yang berada di hospital.
Oleh itu, kelangsungan pembangunan modal insan dapat diteruskan di luar amalan persekolahan yang konvensional.
Sekolah Dalam Hospital di Hospital Selayang amat bertuah apabila terpilih sebagai penerima sumbangan buku dan kelengkapan hiasan daripada NGO Friends of Mankind dengan kerjasama Sunway Group kepada Sekolah Dalam Hospital di Hospital Selayang.

Sumbangan ini seiring dengan inisiatif United Nation Sustainable Development Goal perkara 4 iaitu Pendidikan Berkualiti.
Pasukan sukarelawan NGO telah mengambil masa selama dua hari untuk memasang rak, meja dan menghias Sekolah Dalam Hospital bagi kegunaan pesakit-pesakit pediatrik hospital ini.
Sebanyak 1300 buah buku, 4 buah rak, serta beberapa perhiasan lain telah disumbangkan.
Pihak Hospital Selayang mengucapkan terima kasih kepada NGO Friends of Mankind dan Sunway Group dan berharap agar usaha baik daripada NGO dan syarikat seperti ini berterusan pada masa hadapan.

SDH01

SDH02

SDH04

SDH08

Kejohanan Bowling Piala Pengarah Hospital Selayang 2022

06/08/2022 - Anjuran Kelab Pengurusan Hospital Selayang dengan kerjasama Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Selayang dan PUSPANITA Cawangan Kecil Hospital Selayang.
Sambutan penyertaan yang amat memberangsangkan, 30 pasukan bertanding yang terdiri daripada pelbagai jabatan perubatan dan pengurusan Hospital Selayang.
Sekalung tahniah kepada semua pemenang dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penaja kejohanan kali ini.
Juga ucapan terima kasih dan syabas kepada barisan AJK kejohanan kali ini diatas segala usaha yang diberikan bagi menganjurkan kejohanan yang begitu meriah!
Tahniah Team!
Senarai Pemenang:
Johan Berkumpulan : Lucky Strike
Naib Johan Berkumpulan : Splits Ends
Tempat Ke- 3 : Kebaboom
Johan Individu Lelaki : Mohd Radzuan Alias
Naib Johan Indv Lelaki : Mohd Hafiz B Md Tahir
Tempat Ketiga Indv Lelaki : Mohd Noor B Idris
Johan Ind Wanita : Haslidah Bt Sanusi
Naib Johan Ind Wanita : Sharifah Norazima Bt Said Samsudin
Tempat Ketiga Ind Wanita : Roslina Bt Abdullah

bowling 2

bowling 14

bowling 11

bowling 27

bowling 28

bowling 39

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013