Majlis Sumbangan kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal, Anak Kelainan Upaya, Saudara Baru serta Golongan B40 Bukan Muslim telah diadakan pada 22 April 2022.
Syukur kepada Allah swt, hasil sumbangan Warga Hospital Selayang, iaitu dari banyak Jabatan & Unit, Persatuan-persatuan juga Syarikat Korporat, NGO juga tidak terkecuali orang perseorangan yang terlibat dapatlah diraikan seramai 129 senarai penerima daripada pelbagai kategori yang disenaraikan diatas. Seronok Anak-anak dapat duit raya.
Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En Anwar. Dr Afidah (Pengarah Hospital Selayang) memberi ucapan alu-aluan kepada semua hadirin serta ucapan Selamat Hari Raya kepada semua warga Hospital Selayang dan kemudian Dr Mohd Hamdi selaku Pengerusi Persatuan Kebajikan Warga Islam (PKWI) Hospital Selayang menyampaikan ucapan bagi mewakili semua ahli serta jawatankuasa Persatuan.
Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Dr Afidah (Pengarah Hospital Selayang) yang dapat meluangkan masa menyampaikan sumbangan kepada semua penerima. Turut hadir bersama dalam majlis ialah Dr Tengku Intan Norleen (Timbalan Pengarah I), Dr Nik Nor Aniza (Timbalan Pengarah II), Dr Syafiq (Timbalan Pengarah III), En Azalizam (Timbalan Pengarah Pengurusan), Dr MN Azri (Timbalan Pengerusi PKWI) serta tetamu jemputan yang lain, Ketua-ketua Jabatan, ahli jawatankuasa persatuan serta para petugas barisan hadapan Hospital Selayang.
Usaha yang dijalankan oleh Pihak Persatuan ini mendapat kerjasama daripada Kelab Sukan & Rekreasi Hospital Selayang dan Puspanita Cawangan Kecil Hospital Selayang serta Organisasi Hospital Mesra Ibadah (HMI) bagi mengajurkan program yang saban tahun telah dijalankan ini.
Semoga dengan usaha yang dijalankan oleh Pihak Persatuan dapat memeriahkan lagi sambutan Aidil Fitri kepada kepada senarai penerima bersama keluarga.




