Saiz Teks 
A+ A A-
Pilihan Warna   default green blue contrast font_default red blue Pilihan Bahasa Bahasa Lain
  • Slider1
  • Slider2
  • Slider3
  • Slider4

header-mobile

Program Ihya' Ramadhan 2022, Hospital Selayang (Sumbangan Kurma Ajwa)

 

Gambar sekitar majlis edaran sumbangan kurma ajwa kepada barisan hadapan Hospital Selayang yang disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Warga Islam (PKWI) Hospital Selayang iaitu Dr Hamdi Razali. Timbalan Pengarah 1 Perubatan Dr Tengku Intan Norleen bersama Timbalan Pengarah 2 Perubatan iaitu Dr Nik Nor Aniza serta Timbalan Pengerusi PKWI iaitu Dr MN Azri turut hadir, tidak lupa juga ahli jawatankuasa PKWI turun sama memeriahkan sambutan majlis.

Kurma ajwa sebanyak 2000 pek disumbangkan oleh Syarikat IT CET Development Sdn Bhd sebagai tanda ingatan kepada petugas barisan hadapan Hospital Selayang yang sentiasa bertungkus lumus untuk memberikan khidmat terbaik untuk pesakit khasnya dan masyarakat amnya.

Sumbangan sebanyak 2000 pek kurma ajwa ini dapat diedarkan kepada semua staff kejururawatan termasuk Ketua Jururawat, Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat termasuk Pembantu Pengurusan Kesihatan yang beragama Islam atau pun belum beragama Islam meliputi 38 Wad termasuk Klinik Pakar.

Semoga dengan usaha yang dirancang dan diaturkan oleh pihak pkwi dapat menambah kemeriahan dalam menghadapi Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Program IhyaRamadhan 2022 01

Program IhyaRamadhan 2022 02

Program IhyaRamadhan 2022 04

Program IhyaRamadhan 2022 03

KURSUS BASIC LIFE SUPPORT

Kursus Basic Life Support (BLS) ini diberikan kepada mangsa lemas, renjatan, serangan jantung, atau tercekik.

Pada asasnya, BLS memberi bantuan pemulihan kardiorespiratori dengan tekanan dada & pernafasan sementara bantuan ambulans sampai untuk perawatan seterusnya.

Timbalan Pengarah Perubatan I, Dr. Tengku Intan Norleen mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatan Kuasa yang terlibat terutama kepada Dr Fareez, Ketua Penyelia Jururawat Matron Rohana, Sister Zalina, PPP Zureehan , PPP Nazli serta barisan instructor yang bertugas menjayakan program BLS Mac.

BASIC LIFE SUPPORT ADVANCE LIFE SUPPORT 01

BASIC LIFE SUPPORT ADVANCE LIFE SUPPORT 02

BASIC LIFE SUPPORT ADVANCE LIFE SUPPORT 12

BASIC LIFE SUPPORT ADVANCE LIFE SUPPORT 06

BASIC LIFE SUPPORT ADVANCE LIFE SUPPORT 04

 

Program BLS Houseman Siri 1/2022

26 Februari 2022 - Penganjuran Program BLS Houseman Siri 1/2022 yang melaporkan diri di Hospital Selayang. Tahniah Team Resusitasi Hospital Selayang

housemenfeb2022 siri1 1

housemenfeb2022 siri1 2

housemenfeb2022 siri1 3

Lawatan Kerja ke Hospital Selayang oleh Dato' Sri Mohd Shafiq Abdullah, KSU KKM

18 Disember 2021, SELAYANG  -
Dato' Sri Mohd Shafiq Abdullah, KSU KKM telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Selayang untuk melihat sendiri keperluan fasiliti dan peralatan perubatan di hospital tersebut. Turut hadir Dato' Indera Dr Sha'ari, PKN Selangor, Dr Afidah Ali, Pengarah Hospital Selayang, En Wong Kim Han @ Robert, TPKN(Pengurusan), Dr Faisal Mat Arifin, TPKN(Perubatan), pegawai-pegawai kanan hospital serta wakil daripada pihak Radicare (M) Sdn. Bhd.

Dato' Sri telah melawat dan meneliti isu-isu berkaitan penyenggaraan dan pengurusan di aras 3 dan 4 hospital serta melawat ke Fever Centre dan Field Hybrid ICU (FHyICU) baru yang telah disiapkan pada tahun ini sebagai inisiatif menangani pandemik COVID-19 khasnya dan situasi kesihatan umumnya. FHyICU dengan kapasiti 10 katil merupakan inisiatif KKM bagi menyediakan kemudahan rawatan rapi bertekanan negatif yang lebih selamat dan efektif.

Manakala Fever Centre yang dibina dengan kemudahan bilik rawatan, farmasi, gas medikal serta turut menempatkan asthma bay dijangka dapat mengurangkan kesesakan pesakit di Zon Hijau dan Kuning, Jabatan Kecemasan dan trauma Hospital Selayang.

Beliau juga menekankan kepentingan menjaga dengan baik urusan penyenggaraan fasiliti hospital bagi memastikan jangka hayat aset dapat digunakan secara maksimum, persekitaran hospital yang lebih kondusif bagi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Oleh itu, kepentingan komunikasi dan kerjasama yang baik antara pihak Kementerian, Jabatan dan Hospital bagi memastikan semua urusan berjalan lancar.

 

KSU dis2021 5

KSu dis2021 2

KSU dis2021 4

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Soalan Lazim | Arkib
Penafian : Pihak Hospital Selayang tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan oleh penggunaan maklumat dari laman web ini.
muka-buku Youtube burung-biru RSS
Hakcipta Terpelihara © Hospital Selayang 2013