Projek Sumbangan Pakaian Untuk Mangsa Banjir
Assalamualaikum
Salam Sejahtera, Salam satu Malaysia dan Salam Sihat.
1. Setinggi-tinggi penghargaan kepada wargakerja yang telah membuat sumbangan berupa pakaian-pakaian terpakai untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang dan Terengganu.
2. Kami dari gabungan Kelab Sukan, PUSPANITA, PKWI, Tabung Kebajikan dan juga PASCA amat berbesar hati kerana telah dapat mengumpulkan hampir 20 puluh kotak pakaian yang masih lagi dalam keadaan elok dan ada juga yang masih baru.
3. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil-wakil dari gabungan diatas dan juga pemain badminton yang telah membantu dalam mengasingkan (sorting out) pakaian-pakaian tersebut. Semoga usaha bersama kita ini diberkati.
4. Pihak kami akan menguruskan penghantaran sumbangan tersebut dilokasi yang akan dikenalpasti dalam masa terdekat ini.
Terima kasih sekali lagi.
Hjh. Hamidah Hj. Ariffin
Setiausaha Kelab Sukan & Kebajikan
Hospital Selayang